CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2313|Reply: 13

'Saya Nak Pergi Sekolah Macam Yang Lain' - Budak 7 Tahun Jaga Ibu Murung

[Copy link]
Post time 26-6-2021 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang budak perempuan berumur tujuh tahun tidak bersekolah kerana menjaga ibunya yang mengalami penyakit kemurungan, lapor portal berita SuaraJabar hari ini.


Sinta Murni yang tinggal di  Desa Kroya, Kabupaten Indramayu menghabiskan masa untuk menjaga dan memenuhi keperluan ibunya, Nani, 37,  termasuk makan dan minum.




SINTA bersama seorang pegawai kebajikan masyarakat di hadapan rumahnya di Kroya. - AYOTASIK.COM/ISTIMEWA




Tidak tahu di mana bapanya berada, dia dan ibunya tinggal berdua di rumah mereka yang daif umpama pondok usang berukuran sekitar 4 x 5 meter.


Dinding rumah itu hanya satu perempat bahagiannya dibina daripada bata, manakala bakinya adalah bambu. Kediaman mereka juga berlantaikan tanah dan dua beranak itu tidur hanya beralaskan tikar.


Sinta dan Nani kerap dibantu jiran tetangga yang memberikan makanan kepada mereka. Sesekali, Nani keluar mencari barang kitar semula untuk dijual.


Kadang-kadang Sinta pula keluar mencari makanan untuk mengisi perut mereka. Seorang pegawai masyarakat, Adi Wijaya berkata, daripada maklumat yang diperolehnya, Nani menikah secara agama dan tidak pernah mendaftarkan pernikahan tersebut di  pejabat agama.


Nani dan suaminya kemudian dikurniakan tiga orang anak. Dua anak mereka dibawa pergi oleh suaminya, manakala Sinta tetap tinggal bersama ibunya.


Kehidupan harian mereka sukar dan serba kekurangan.


Keadaan mereka semakin daif sejak ibunya mengalami kemurungan beberapa tahun lalu sehingga tidak berupaya  mengurus anak dan mencari nafkah.


Nani dan Sinta selama ini tidak memiliki dokumen kependudukan apapun. Hal itulah yang membuat keduanya tergendala dalam menerima program bantuan pemerintah.


Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia  ingin bersekolah, Sinta mengaku sangat menginginkannya.


“Saya ingin ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor,” kata Sinta.


Menurutnya, dia mahu menjadi doktor untuk merawat  dan membahagiakan ibunya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik ni. Berbeza dengan sorang tu siap rentas negara musim covid nak daftar anak masuk tadika.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. Kesiannya adik ni. Moga ada pihak yg bantu adik ni n mak dia. Dia deserve utk jalani kehidupan spt kanak2 biasa, pergi sekolah etc..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 04:46 PM | Show all posts
Semoga nasib adik ni terbela. Muda lagi dah tanggung emosi yang berat.
Harap boleh ke sekolah dgn bantuan kebajikan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
besar pahala adik ni jaga ibu even masih kecil xtau apa2 lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rsa salah satu kemurungan sbb laki dia blah bwk lg 2 anak.. rindu sgt tu kt anak2.. mungkin seblm ni laki dia yg kerja bla jd gini dia murung terus.. ketahanan mental fizikal setiap manusia x sama. Ada yg bole hadap ada yg tak..
Kesian sgt.. semoga dipermudahkan urusan adik ni n ibunya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nama ngam sangat dengan keperibadian. semoga membesar menjadi orang berguna & berjaya dunia akhirat ye anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun adik ni ketinggalan dlm pelajaran, tp ilmu hidup dia tinggi. Awal  dah jaga ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik... muda2 dia yang kena jaga ibu... moga ada yang menjaga keperluan kedua beranak ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 26-6-2021 10:50 PM
nama ngam sangat dengan keperibadian. semoga membesar menjadi orang berguna & berjaya dunia akhirat  ...

Sinta Murni
Kemain nm
Semurni cinta pd ibunya



Kt msia x kurg jgk, ada syinta gila

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:39 AM | Show all posts
Kesiannya budak sekecil tu elok bagus dibebankan dengan urusan orang dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak kecil ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2021 04:30 PM | Show all posts
kesiannya murni..dah viral gini msti ada ramai turun padang..semoga cita2 adik nk jd doc tercapai..kalau kt malaysia ada ebit liew..kat sana takde ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046044 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list