CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1590|Reply: 4

'Atuk-atuk' Paling Ramai Ambil Pil Viagra Semasa Lockdown

[Copy link]
Post time 26-6-2021 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Lebih ramai lelaki di Britain berusia melebihi 80 tahun termasuk seorang datuk berusia 102 tahun mengambil pil Viagra sepanjang pelaksanaan perintah berkurung Covid-19  bagi menambah baik kehidupan seksual, lapor akhbar The Sun semalam.


Tahun lepas sahaja,180,000 preskripsi pil seperti Viagra diberikan kepada lelaki berusia dalam lingkungan 80-an, manakala  hampir 5,000 biji lagi diambil mereka yang berusia 90-an.


Data dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) itu turut menunjukkan bahawa pil Viagra turut digunakan oleh lelaki berusia 99, 100 dan 101 tahun.




Gambar hiasan




Ini sekali gus menyumbang kepada statistik peningkatan jumlah preskripsi pil berkaitan masalah ereksi yang meningkat sebanyak 42 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.


Secara keseluruhan, sebanyak 4.4 juta preskripsi seumpama itu telah diberikan pada tahun lepas yang bernilai £21.3 juta (RM122.9 juta).


“Saya tidak terkejut melihat ramai lelaki yang berumur lebih 80 tahun menggunakan Viagra untuk mengekalkan kehidupan seksual yang normal.


“Dalam dunia yang dipenuhi dengan perkara-perkara berkaitan seksual ini, warga emas berada dalam keadaan tertekan untuk mengikuti trend semasa,” kata seorang profesor sosiologi dari Universiti Kent, Frank Furedi.


Data NHS itu adalah termasuk semua preskripsi yang dikeluarkan oleh para pengamal perubatan am di England bagi membantu pesakit menangani masalah ereksi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 04:36 PM | Show all posts
Dari pengeluar no 1 paling dibenci para penganut anti-vaxx dan teori konspirasi.. semestinya Pfizer
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend semasa?? Kehidupan seksual more like keperluan batin kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la atok2 je ambil mende gini.. abe2 muda mana perlu "bantuan" hayat pun.. eksesais running 5-10 km konsisten pun dah cukup utk jaga stamina
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
curlasstttttt {:run
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.335517 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list