"After operation, koma 24jam. Masuk ICU 3weeks. Kena tebuk kat leher untuk makan."
Itu antara penjelasan panjang lebar daripada pelakon, Uchee Fukada terhadap kecaman mengenai bentuk fizikalnya yang sering dilontarkan netizen.
Hujanan mesej peribadi yang menegur badannya makin gemuk, wajah dipenuhi jerawat membuatkan dia berasa serabut. Sedangkan itu semua terjadi kerana dia pernah menghidap kanser kolon.
"2016, saya kena kanser kolon, Doctor kata 50/50 untuk hidup. Masa tu berat turun dari 58kg ke 40kg. Family & friends datang melawat baca yasin je."
Foto G
Menurut Uchee lagi, perubahan bentuk fizikalnya seperti berat badan yang naik sehingga 65kg sekarang adalah kerana pemakanan yang diambilnya. Sementara wajah berjerawat dan rambut beruban adalah akibat pengambilan ubatan steroid sebelum ini.
"Makan steroids sehari 20 biji untuk kurangkan rasa sakit. Chemo for 2 time. Makan bubur selama 1 tahun."
Baginya, setiap orang mempunyai fasa kehidupan sendiri, jadi usah menghakimi orang lain kerana netizen tidak pernah mengenali dirinya yang sebenar.
IG
Pengakuan Uchee itu membuatkan rakan-rakan artis turut memberikan kata semangat terhadap pemegang watak Kak Jo ini.
|