View: 1284|Reply: 7
|
Banyak Hutang- Lelaki Bakar Isteri, Nak Mati Sama-Sama
[Copy link]
|
|
Kota Sorong: Seorang suami di Papua Barat memeluk isteri yang dibakarnya dengan alasan mahu mati bersama.
Wanita berusia 28 tahun itu bekerja sebagai anggota polis tinggal bersama suaminya di kuarters kerajaan di daerah ini.
Kompas.com melaporkan ibu mangsa berkata, anak perempuannya sedang menggunakan telefon bimbit di dalam bilik.
Gambar Hiasan
Namun, tiba-tiba menantunya berusia 33 tahun datang lalu mencurahkan minyak pada tubuh anaknya sebelum dibakar.
"Anak saya kemudiannya lari untuk menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam tong berisi air.
"Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah akibat kebakaran," katanya.
Suami mangsa sempat memeluk isterinya sebaik menyalakan api pada tubuh wanita itu.
Polis menahan lelaki terbabit dan mengesahkan kejadian berpunca daripada tekanan perasaan akibat hutang.
Suspek juga dikatakan memohon pinjaman kewangan daripada bank namun ditolak kerana bebanan hutang yang sudah tinggi.
Sebelum itu, mangsa juga ada menceritakan suaminya kerap mengacukan parang dan pistol setiap kali mereka bertengkar. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
miris miris diamlah kau. pergi balik indonesia . sibuk lepak kt cariforum pula. dasar perampas suami orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Smh hutang buat orang berbunuh2an. |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud miris sis??sorilah iols x reti sgt bahasa indo
|
|
|
|
|
|
|
|
Urm..bini dia keje kan,polis pulak tu..dah knp nak bunuh bini skali.. bunuh diri jela sbb y useless tu kamu{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Miris = sad + pity + tragic
Ndak ada persamaannya dalam bahasa Malaysia. paling mirip dengan "menghiris hati"
|
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 28-6-2021 01:07 PM
Miris = sad + pity + tragic
Ndak ada persamaannya dalam bahasa Malaysia. paling mirip dengan "m ...
I see..
Miris = tragis |
|
|
|
|
|
|
| |
|