Dipukul kerana hubungan dengan abang angkat
Jun 28, 2021
Petaling Jaya: Gara-gara cemburu hubungan dengan abang angkat, seorang kanak-kanak perempuan cedera dipukul rakan sekolah dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, semalam.
"Menurut laporan dibuat mangsa, dia memaklumkan dipukul rakan sekolahnya yang juga seorang remaja perempuan berusia 13 tahun kerana cemburu hubungan pengadu dengan abang angkatnya.
"Dalam kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan badan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, ketika kejadian itu, terdapat beberapa rakan suspek merakam perbuatannya dan memuat naik video berkenaan di aplikasi WhatsApp serta akaun Instagram milik suspek.
"Semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu sudah dikenal pasti dan akan diambil keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Kami menasihatkan orang ramai menghentikan penularan rakaman video berkenaan memandangkan kes itu masih dalam siasatan," katanya.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi dua minit 20 saat menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul, ditendang serta ditarik rambut oleh seorang kanak-kanak perempuan di tangga sebuah pangsapuri tular di media sosial, hari ini.
Post time 28-6-2021 08:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by immaryjane at 28-6-2021 08:04 PM
Laju org msia buat kje. Dlm sehari berpuluh ribu dh followers dia. Senyap je bdk ni, dh ke dalam ke? Coz mber2 lain semua dh hide gmbr. Dia ni aman2 mcm tk boleh access account dia pulak.
Selayak nye la masuk juvana nk tnjuk hero pnye psal dpn mber2 ye dop.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-6-2021 08:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Gaduh pun takut2.. tendang manja2.. hmmm.. hujung2 je kuat sikit lepuk kepala budak tu.. selebihnya gaduh cover ayu je lebih.. mane mak bapak dia ni dah tengok belom video anak die pukul anak orang..
Post time 29-6-2021 08:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Abam angkat cam julripin atau aiman tino ke yg korang berebut???gi sekolah bukan nak rebut belajar ilmu99 membazir boreh je jadi samseng taik kucing!@@
patut la balik2 smlm anak aku duk citer sal bnda ni.. lps tu dia kata ada org cakap.. bdk pompuan tu tgh deppressi sbb mak dia belasah dia sbb pukul anak org... aku warning anak aku yg pompuan.. kau pun kena belasah mcm tu jugak kalau pukul anak org.. dah la mampu tarik rambut.. gila tarik rambut mcm nak tanggalkan dr kepala.. sambil gelak2 kat kawan.. harap yg ambik gambar pun kena heret masuk dalam.. menggalakkan pulak...