View: 3296|Reply: 30
|
Kutip kotak sampai malam demi sara keluarga
[Copy link]
|
|
Gambar yang dikongsi Firdaus Legacy di laman Facebooknya yang memaparkan seorang lelaki bersama anaknya sedang mencari kotak di tempat pembungan sampah.
Kutip kotak sampai malam demi sara keluarga
PETALING JAYA – Sedih dan pilu, tatkala ramai yang sudah berkurung dirumah selepas pukul 8 malam, namun masih ada insan yang sedang bergelut mencari rezeki untuk keesokan harinya.
Begitulah kisah menyayati hati telah dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Firdaus Legacy yang terserempak dengan seorang bapa bersama anaknya sedang mengutip kotak di tong sampah kira-kira pukul 8 malam.
Menurut Firdaus, kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak pembuangan sampah di Jitra, Kedah dan walaupun tong sampah itu berbau busuk, namun kedua-dua mereka tabah mencari kotak untuk menyara ahli keluarga yang lain.
“Saya berenti tanya, dah makan ke bang? Dia jawab dah makan, cari kotak nak jual esok. Saya tanya anak berapa orang, dia jawab lima, saya hulurkan duit, dia jawab tak nak.
“Kalau abang tak nak, abang ambik duit ni untuk anak abang. Beli makan untuk malam ini dan seterusnya, mungkin malam ni kedai dah tutup, beli esok barang keperluan apa tak cukup kat rumah,” tulisnya di laman Facebook.
Firdaus berkata, pada awalnya lelaki tersebut enggan menerima bantuannya risau dengan pandangan orang, namun anak kepada lelaki itu kemudiannya mengambil wang pemberiannya dan kelihatan bergenang air mata bapa kepada lima cahaya mata itu.
“Jam 8 malam mereka cari kotak lagi nak jual. Allah, sebak rasanya, masa ni jalan pun sunyi dah sebab orang tak keluar dah.
“Mungkin mereka lapar tak makan lagi, siapa tahu, kita mungkin kenyang, tapi PKP kita kena ingat ada insan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang ada yang susah dan gaji hari ja,” ujar Firdaus.
Perkongsian itu telah mengundang sebak dalam kalangan netizen dengan realiti kehidupan sekarang yang amat mencabar dan mereka mendoakan agar keluarga itu sentiasa dimurahkan rezeki.
“Inilah realiti kehidupan, kita rasa susah, ada orang yang lebih susah, tak makan, nak makan pun takdak, bersyukurlah apa yg ada, memberi lah kalau ada lebih,” komen Mohd. Nasir Asmuni pada hantaran itu.-K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 28-6-2021 04:50 PM
kilang ''KAWAN' kat Sgor masih beroperasi lg.....jangan bising....jangan kacau...depa buat covid..eh salah...buat duit....tolong lu olang jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 28-6-2021 05:02 PM
kilang ''KAWAN' kat Sgor masih beroperasi lg.....jangan bising....jangan kacau...depa buat covid ...
Rakyat lega..PN menang rakyat 'SENANG'.. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 28-6-2021 05:06 PM
Rakyat lega..PN menang rakyat 'SENANG'..
Telima kasih PN..wa 'kawan' punya kilang talak kacau...kita olang pon talak mising guling bantah ini hal...lg lu olang talak kacau...kita talak mising..tq PN. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecut kerajaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
kononnn makan maggi
org miskin makan maggi buat isi perut
korang makan maggi to satisfy yr craving
isshhh ptt carut je diorg ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan ttp bangsa...tt selama2 nya! |
|
|
|
|
|
|
|
2 Beranak Keluar Malam Cari Kotak Di Tempat Buang Sampah Demi Sesuap Nasi
Seorang pengguna Facebook, Mohamad Firdaus, berkongsi sekeping gambar yang cukup membuat netizen berasa sedih dan pilu melihat seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak di tempat pembuangan sampah.
Dia bersama anaknya sanggup mencari kotak-kotak sehingga lewat malam demi sesuap nasi.
Kredit foto: FB
Firdaus mengatakan bahawa dia terserempak dengan dua beranak itu pada pukul 8 malam di Taman Suria, Jitra, Kedah.
Walau bagaimanapun, pada mulanya lelaki berkenaan enggan mengambil duit yang dihulur kerana risau dengan pandangan orang lain terhadap dirinya, namun anaknya mengambil wang tersebut.
Bapa kepada lima anak berkenaan hanya mampu bergenang air mata sebagai tanda bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu berasa sebak melihat dua beranak berkenaan yang sanggup mencari kotak ketika jalan di kawasan sunyi itu kerana tiada orang keluar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan lelaki berkenaan bersama anaknya itu mencari kotak di tepi tong sampah. Malah ada juga di antara mereka mendoakan agar keluarga itu dimurahkan rezeki.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo kan..yg menteri sibuk bg derma dkt palestin...beria ria...bg tak salah.tapi kau pergi check dulu rakyat kau..geram aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah jumpa satu femili dgn anak kecik 4 org sprg tu baby lagi dia letak dlm kotak. Pagitu aku gi keja awal siap beli bungkus bfast dan lunch mmng tak sabar nk makanlah kiranya ada nasi kerabu pulut rendang luihw sbab kt ofc nti bole share. Oo kisah dia bila smpi disimpang aku terlihat femili tgh godek sampah anak2 nmpk gembira jumpa baju dan mainan terpakai..sapalah buang sampah tepi jalan byk2 ni kata hatiku..bila jalan dh clear aku belok kiri terus stop tepi jalan dan panggil anak pompuan dia utk beri smua makanan yg ku beli tadi serta sdkit duit. Terus anak tu menjerit paggil ayahnya kegembiraan. Thats all the story. |
|
|
|
|
|
|
|
cupu replied at 29-6-2021 01:21 PM
Bodo kan..yg menteri sibuk bg derma dkt palestin...beria ria...bg tak salah.tapi kau pergi check dul ...
Ni mmg kena basuh dgn netizen....utamakan dulu rakyat kat negara sendiri ye..ticket kapal terbang ko dan kos penginapan makan minum ko tu bole bg makan 5 -10 org family miskin |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 29-6-2021 01:39 PM
Aku pernah jumpa satu femili dgn anak kecik 4 org sprg tu baby lagi dia letak dlm kotak. Pagitu aku ...
Bagusnya kas ros nih..sedih Gak BC posting kak Ros...ye lar..bukan semua org dilahirkan senang |
|
|
|
|
|
|
|
Kes duda yang cari barang2 kat tong sampah kat melaka hari tu staf majlis agama datang melawat rumah mak ayah dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai buat kerja macam ni sekarang dah tak segan2 lagi dah |
|
|
|
|
|
|
|
mana yb, adun, munteri...hangpa ada driver kan..rajin2 la naik kereta ronda2 kwsn hang tu...siap2 kan duit angpau rm100-rm200 ke, hulur2 la sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|