View: 1460|Reply: 2
|
Hamil Selepas Doktor Ambil Sperma Daripada Tubuh Kekasih Yang Sudah Meninggal Du
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mengakui dirinya sedang hamil menerusi persenyawaan sperma yang diambil daripada tubuh teman lelakinya yang sudah meninggal dunia.
Terdahulu, teman lelaki Ellidy Vlug yang juga atlet snowboard Australia, Alex Pullin, meninggal pada Julai tahun lalu sewaktu memancing di Gold Coast, Australia.
Pullin telah bersama Ellidy selama lapan tahun sebelum meninggal dunia.
Foto: India.com
Terlalu menginginkan cahaya mata bersama, Ellidy meminta doktor untuk mengambil sperma yang sihat dari tubuh Pullin dan setahun kemudian, dia mengesahkan kehamilannya.
Dalam catatan di Instagram baru-baru ini, Ellidy mengumumkan bahawa bayinya akan lahir pada Oktober.
Wanita itu juga mendedahkan bahawa dia dan teman lelakinya mengimpikan bayi selama bertahun-tahun.
Dia juga memuat naik gambar perut (baby bump) dalam laman sosial itu. -CARI
Sumber: India.com |
|
|
|
|
|
|
|
Nak inherit harta maybe. Sian dia. Bf dah meninggal. Sedih pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Since akak adalah warga kertu, akak teringat zaman2 muda baca suratkhabar pasal post mortem sperm retrieval ni, not new yach.
The moral maze of using a dead man’s sperm
The first live birth resulting from a post-mortem extraction wasn’t until 1999. Gaby Vernoff gave birth to baby Brandalynn from sperm extracted by Rothman 30 hours after her husband died. According to Gaby, the pregnancy took with the last vial of sperm.
Cuma persoalan nya adakah ethical to do so? Definitely dalam Islam tak dibenarkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|