Edited by JohnyEnglish at 30-6-2021 02:48 PM
TAIPING – Hanya kerana disuruh mandi oleh neneknya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengantung dirinya di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Taman Tupai Mas di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.52 malam.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa dipercayai telah mengantung diri di dalam bilik tidurnya selepas tidak berpuashati dengan leteran neneknya menyuruh beliau mandi. “Mangsa telah mengunakan kain yang diikat pada besi katil dua tingkat untuk mengantung diri,” katanya di sini hari ini.
Kata Osman, mangsa kemudian telah diturunkan oleh jiran-jirannya sebelum dibawa ke Hospital Taiping namun disahkan telah meninggal dunia. “Hasil temubual dengan neneknya, dia memelihara mangsa setelah kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu bercerai. “Mangsa juga dipercayai seorang yang hiper aktif serta suka mencuba sesuatu perkara berdasarkan pengamatannya. Tiada unsur jenayah dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – K! ONLINE.
|