Sekumpulan penyelidik dari New Zealand mencipta sejenis alat menurunkan berat badan dengan mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang banyak, lapor akhbar The Sun semalam.
Digelar sebagai ‘alat menurunkan berat badan pertama di dunia’ peranti menggunakan magnet itu menghalang mulut daripada terbuka melebihi 2 milimeter.
Menurut perekanya, alat tersebut dapat mengehadkan amalan pemakanan kepada diet berasaskan cecair.
Alat tersebut menggunakan magnet yang dilekat pada gigi gigi. – Universiti Otago
Bagaimanapun, pemakai masih boleh bercakap dan bernafas dengan normal selain terdapat fungsi keselamatan yang membolehkan alat tersebut dicabut jika berlakunya serangan panik atau tercekik.
Menurut Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton, alat itu adalah selamat digunakan untuk membantu mencegah obesiti.
“Alat tersebut akan dimasukkan di sekeliling gigi oleh doktor gigi dan ia merupakan alternatif kepada prosedur pembedahan yang tidak invasif, boleh dicabut, menjimatkan dan menarik.
“Tidak ada kesan buruk jika memakai alat ini,” katanya.
Menurut penerbitan British Dental Journal, enam responden yang mengambil bahagian dalam ujian pemakaian alat tersebut menunjukkan mereka hilang berat badan secara purata 6.36 kilogram dalam masa dua minggu.
Dalam pada itu, alat tersebut mencetuskan kontroversi di internet selepas ramai pengguna berpendapat ia tidak sesuai untuk digunakan.
“Saya rasa ia agak teruk dan menjatuhkan maruah,” tulis seorang pengguna di Twitter.
“Masalah kami, golongan berbadan gempal ini adalah kami tidak boleh menutup mulut kami (daripada untuk terus makan),” tulis seorang lagi pengguna.
Post time 30-6-2021 04:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I percaya je alat ni x bahaya..sbb I penah je buat IF x makan 24, paling max 36jam...takde mudarat...tapi i xde masalah kuat makan, i punya problem kuat minum nescafe susu @ teh tarik..
Post time 30-6-2021 04:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
anony-mous replied at 30-6-2021 04:30 PM
I baru je hilangkan ketagihan terhadap nes ais. Nikmat sgt
iols sejak wfh ni buat rule segala tarik2 tu minum weekend je..hari keje bantai americano atau long black jah tapi teringin2 minum la jugak kopi 3in1 tu
gigih.
stop makan straight 2,3 hari dalam seminggu.
kosongkan perut dalam 48-72 jam.
buat tiap minggu sampai kurus.
IF masa weekday, weeken makan macam biasa.
one meal a day + clean eating + exercise
nescaya ko mampu turun berat badan dlm masa bbrp bulan jah.
nampak sgt ko ada masalah self control kalo dah tahap kunci rahang bagai.