View: 6408|Reply: 24
|
Jahatnya Grup Antivaks Ni Guna Berita Komplikasi Isteri Fitri Haris Ketika Bersa
[Copy link]
|
|
Penyanyi Dr Fitri Haris bengang apabila foto isterinya Fazilah Omar disalah guna oleh kumpulan anti vaksin di aplikasi Telegram dengan menyebarkan maklumat yang tidak benar.
Menurut Fitri, 37, kumpulan itu menuduh komplikasi isteri ketika bersalin dan masalah yang dihadapi anaknya disebabkan pengambilan vaksin.
Kredit foto: IG Fitri
"Ada tersebar grup anti vaksin mengatakan seolah-olah apa yang berlaku terhadap anak saya adalah disebabkan isteri sudah ambil vaksin.
"Grup itu dia ambil gambar dalam instagram isteri saya padahal komplikasi isteri ketika bersalin tiada kena mengena dengan isu vaksin apa semua yang mereka cakapkan tu... ini dah jadi satu fitnah.
"Saya kena terangkan pada masyarakat supaya tiada mana-mana pihak yang salah faham sebab saya tengok dahsyat juga followers mereka, ada dalam lebih kurang 20,000 orang," katanya kepada mStar.
Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, isteri Fitri terpaksa menjalani pembedahan dan melahirkan bayi awal dari tarikh sepatutnya disebabkan berdepan dengan penyakit asma yang teruk.
Anak lelaki Fitri menghadapi masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Pakar An-Nur Bangi, Selangor.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berrtanggungjawab, Fitri akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu terus disebarkan kumpulan berkenaan.
"Saya akan ke balai polis untuk buat laporan dahulu dan minta nasihat daripada pihak berkuasa macam mana.
"Jika diteruskan (perkongsian), saya akan ambil tindakan mahkamah. Perbuatan mereka ini membuatkan emosi isteri terganggu sebab dia tengah recovering dan dengan keadaan anak lagi.
"Saya cuma berdoa mereka ini dibukakan hati serta mendapat hidayah daripada Allah SWT," ujarnya.
Bekas anggota UNIC ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Fazilah pada Disember 2019.
Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap di Singapura bersama bekas isterinya.
Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10 tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Antivak pun melampau benor...korang xnak vaksin duduk diam sudahla...yg nak jadi penghasut buat apa ..nak mati .. mati sorg2 sudahla |
|
|
|
|
|
|
|
Geng ni memang xda keje lain ke eh. Dah la antivaksin. Sebar fitnah pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
saman je antivaks ni. jgn bagi muka |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nk report anti vaksin ig n fb ya. melampau tgk. org jd takot vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan menyediakan tiga akta untuk mendakwa individu atau kumpulan yang menghasut orang ramai untuk menolak suntikan vaksin Covid-19.
Tiga akta itu ialah Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols harap lepas settel program vaksin covid ni, gomen wajib kan semua permis business, hotel, resort, transportation, rumah ibadah & etc hanya terima org ramai yg lengkap 2 dose vaksin saja. Biar mereput geng antivaksin. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la.
Geng2 Ass ass ni.
Tolong cr diorang satu persatu, pindahkan di pulau yang sama.
And haramkan jejak ke tanah besar |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 30-6-2021 06:05 PM
Kerajaan menyediakan tiga akta untuk mendakwa individu atau kumpulan yang menghasut orang ramai untu ...
Dlm ni pun ada uols.. pastu suruh kita duduk diam2 takutkan kita yg vaccine kena blood clot. Apapun Beserah ajelah yg ptg usaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Antivaks dan bangang mmg berpisah tiada. Gamaknya segala musibah dah dugaan yg menimpa dikata punca sbb vaksin. Kisahnya klu lps cucuk vaksin tetiba terkahwin dua pun salah vaksin sbb menaikkn hormon gatal |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila plak antivac ni baik
tgk sohai donkey ina munga dua round tu sydah la haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dah xde kerja lain ke diorg nie..kot tak nak vaksin..jgn la hasut orang lain.diam diam suda |
|
|
|
|
|
|
|
abadi84 replied at 30-6-2021 07:54 PM
Antivaks dan bangang mmg berpisah tiada. Gamaknya segala musibah dah dugaan yg menimpa dikata punca ...
Adoi.. ini kelakar .
Nasib thread ni ada tulis penyanyi UNIC, i dari thread lagi satu dok tertanya sapo dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
iols ada kenalan antivaks.benci i tgk dia. x pdnkn antivaks, jntn x guna, pakai duit bini, ramai betina, jln mngengkang tah pape, suara bingit nyaring mcm acey kinta kinte tu.
time kt ofis sebok dok promot antivaks dia tu. tp vaksin covid amik pulak.bodo betul |
|
|
|
|
|
|
|
mana akaun antivaks tu aku nak tengok
tau la artis sendu mmg suka attention seeker |
|
|
|
|
|
|
|
I stuju saman je netz tu...netz skrg bitter sgt...pro vax xde pulak kaitkan yg mati sbb cov tu, antivax (ke ade?)
Pelik...antivax ni dah yakin vax x bkesan atau bg mudarat...tp suka sebar cerita org yg amik vax. Knp x cerita je alternatif/cadangan utk yg xnak vax....
I nak je baca keberjayaan antivax melawan cov...
(Antivax x sama dgn yg ragu2 nak amik vax cov)
|
|
|
|
|
|
|
|
Abang aku pun antivaxx..siapa yang dah vaksin dia suruh minum air kelapa dgn berbekam hahahaha bodoww.
Ko igt vaksin tu duduk kat bahu ke ko nak kuarkan |
|
|
|
|
|
|
|
hahahha sorry uols abang uols tak cerdik. harap tak menurun kat adik dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm thread blastoff nun ada dak gmbr wife fitri nih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|