Mengakui harus berdepan pelbagai cabaran, Syaidatul mendedahkan dirinya bersyukur kerana dikurniakan rakan pelakon serta pengarah yang tidak jemu membantunya untuk menjiwai watak.
“Karektor ini amat mencabar buat saya. Saya kena bermain dengan emosi. Saya kena jadi sombong, menangis, rasa penyesalan dan macam-macam lagi.
“Terima kepada kepada sis Sheila Rusly dan para pelakon lain yang bagi tunjuk ajar. Tanpa mereka saya memang buntu. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati dengan lakonan pertama saya.
“Saya sedar saya pun masih baru dan tiada pengalaman. Kalau sebelum ini saya dah ambil cabaran terbesar mewakili Malaysia di peringkat dunia, kenapa pula saya nak tolak cabaran ini.
“Selepas sahaja saya bersara tahun lalu, saya dah tanam azam untuk cuba apa sahaja rezeki yang datang. Saya dah berkecimpung dalam sukan ini selama 20 tahun. Mungkin tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baru,” ujarnya lagi.
Bekas juara dunia acara boling berpasukan wanita 2017 itu berkata sedemikian di sesi sidang media drama Ratu Ten Pin secara virtual pada Selasa.
Ditanya mengenai pengalaman pertamanya berkerjasama dengan Sheila, Syaidatul memberitahu, dia bertuah kerana menerima layanan seperti keluarga sendiri.
“Sewaktu saya ditawarkan untuk berlakon drama ini, banyak pihak seperti ingin menakutkan saya dengan mengatakan Shiela Rusli seorang yang garang dan tegas lebih-lebih lagi kepada pelakon baru.
“Tapi jujur saya katakan, bila saya pertama kali berkerja dengan JS Pictures, saya dapat rasakan hubungan kekelurgaan tu sangat kuat. Jadi, semua persepsi yang saya dengar di luar tu ternyata tak betul.
“Sis Shiela ni garang bertempat. Kita perlukan ketegasan seperti itu untuk hasilkan kerja yang bagus. Apapun, saya sangat happy berkerja dengan JS Picture,” akhirinya.
Sumber: Media Hiburan