CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 2

Tular kempen Misi 77 hari sifar Covid-19

[Copy link]
Post time 1-7-2021 11:11 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Kecoh di seluruh media sosial mengenai satu kempen yang dilakukan oleh seorang pemuda mengenai 77 hari untuk menjadikan kes Covid-19 di negara menjadi sifar semula yang tular di laman Twitter dan Instagram sejak seminggu lalu.


Menurut pencetus @misirakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd. Azmi, 30, dia menjelaskan bahawa kempen tersebut adalah mengenai rakyat dan tiada mana-mana ahli politik yang terlibat di dalam kempen tersebut.


Tambahnya lagi, kempen itu juga sebenarnya bertujuan untuk membantu kerajaan menamatkan krisis pandemik Covid-19 dalam masa 77 hari dengan melicinkan pengurusan kerajaan agar lebih taktikal.


“Pertubuhan @misirakyat ini adalah untuk membantu rakyat dan juga kerajaan sepanjang pandemik Covid-19 dengan melaksanakan kempen ini dan mengambil hanya 77 hari untuk kes Covid-19 di negara ini pulih dengan mengubahkan sedikit pengurusan antara kerajaan dan juga rakyat.


“Saya buat kempen ini bukan untuk kutuk, mengeluh atau keluarkan semua kesalahan kerajaan, saya cuma mahu memberi cadangan yang lebih baik kepada pihak kerajaan dalam menguruskan krisis rakyat yang semakin meningkat ketika ini,” jelasnya ketika dihubungi oleh Kosmo!


Rata-rata pengguna di laman Twitter memberi reaksi yang pelbagai apabila melihat kempen yang dilakukan oleh @misirakyat yang bermula di laman Instagram sejak 16 Mei lalu.


“Dengan kuasa tular sahaja mereka dapat perhatian rakyat dan cuba teliti semula misi 77 hari bebas Covid-19. Jika tidak berjaya juga, tidak mengapalah. Paling kurang pun kita sudah mati mencuba, ” sokong @BangbellBelia.


“Kalau betul apa yang dimuat naik di Instagramnya mengenai strategi 77 hari, jadi saya rasa apa yang dia buat itu adalah cara dia. Apa-apa pun, misi 77 hari itu amat bernas dan masuk akal,” balas pengguna bernama @Bobseluarpetak di laman Twitter.


“Saya ni takdalah percaya bulat-bulat ikut kata kerajaan. Tetapi, saya tidak gelabah terima dan ikut @misirakyat,” kata @mm2zmm.


“Saya mula dengar @misirakyat itu okey saja, segala rancangan yang dibentangkan boleh diterima. Tetapi ada beberapa bahagian dalam video tersebut buat saya beranggapan bahawa lelaki itu seolah tidak masuk akal,” jelas pengguna @bob_totty.  


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:


MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh cuba la idea ni,  tapi takut mental pula yg duduk bandar2 dalam apartment.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
*yawwwnnnnnn*

aku dah bertanduk dah nunggu kes turun. but go off
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.275433 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list