View: 2033|Reply: 12
|
Tebalkan Muka Kibar Baju Sekolah Anak
[Copy link]
|
|
"Saya orang tua boleh sahaja makan pucuk kayu diambil tepi jalan tetapi bila memikirkan tiga anak tidak sampai hati dibuatnya," luah bapa tunggal tiga anak Yaakob Montel, 54, yang menggantung baju putih di hadapan rumahnya.
Dia yang bekerja sendiri sebagai pemandu lori terpaksa mengenepikan perasaan malu dengan berbuat demikian bagi mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya berusia antara sembilan hingga 17 tahun.
Katanya, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 awal Jun lalu dia tidak lagi dapat bekerja dan hampir terputus bekalan makanan.
"Saya ingatkan PKP 3.0 hanya sampai Isnin (28 Jun) jadi bolehlah keluar bekerja mencari duit belanja untuk makan anak-anak tetapi bila disambung ia menyebabkan saya seakan hilang arah.
"Minggu pertama serta kedua tidak bekerja boleh lagi saya menampung belanja dengan sedikit duit simpanan tetapi apabila masuk minggu ketiga dan berikutnya bekalan makanan semakin surut. Kami hanya makan nasi berlaukkan telur serta kicap selain memasak mee segera," katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Kebaya, Alor Gajah, semalam.
Yaakob berkata,dia berbuat demikian selepas terbaca di Facebook (FB) mengenai saranan menggantung bendera putih sekiranya memerlukan bantuan barangan keperluan.
"ada Isnin malam saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kusut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur sebelum terbaca di Fb mengenai bendera putih itu.
"Sebenarnya bukan mudah untuk saya berbuat demikian tetapi apabila mengenangkan anak-anak, saya kemudian mengambil baju sekolah lama dan menggantungkan di luar pagar pagi keesokkannya," katanya.
Menurutnya, tindakan dilakukan itu bukan untuk meminta-minta atau ambil kesempatan sebaliknya hanya untuk mendapatkan keperluan makanan buat anak-anaknya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik kena berdoa dan terus berdoa bukan kibar baju sekolah...pakcik kena ikut apa yg nik abduh cakap..kalau pakcik tak ikut, berdosaaaaaa tawwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Pwtang semalam.iols ada round kat taman sebelah sana..
Kot2.la.ada.yang m40 memerlukan bantuan
Tapi takdak
Hari ni.iols.round3 lagi petang nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn aku drebar lori gaji masyukkk oooo ..5 ribu dlm tangan tapi bersedia la balik rumah kdg2 ...tapi tu Lori kontena jerla ..Lori biasa aku xtau |
|
|
|
|
|
|
|
takde maklumat lagi lanjut psl pakcik nih ka?
harap2 ada yg membantu kat area dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, yelah biasa org fikir anak je, diri sendiri takpe, harap cepat lah bantuan sampai |
|
|
|
|
|
|
|
asben sy keja bwk lori kontena .. sebelum ni mmg dpt 5k-lebih kalau keja pagi balik pagi ... tp sejak lockdown ni kurang job katanya sbb kilang byk tutup . nak dpt 1 job sehari pun payah .. dan kami pjj .. sy di kg dia di KL
|
|
|
|
|
|
|
|
pikir demi anak2 insyallah harap ada yg beri bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 2-7-2021 11:57 AM
Kwn aku drebar lori gaji masyukkk oooo ..5 ribu dlm tangan tapi bersedia la balik rumah kdg2 ...tapi ...
Klu bawak lori pasir, memang tak mkn lah skrg ni.....tak blh gerak |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIA BANTU (MyBantu)
Kepada warga Malaysia yang memerlukan bantuan keperluan asas akibat terjejas semasa pandemik, boleh mengisi borang ini (https://arcg.is/1mK5zn0) bagi tujuan bantuan dalam Kempen Malaysia Bantu (MyBantu), satu inisiatif daripada rakyat untuk rakyat. Semoga ianya dapat mempermudahkan rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin membantu sesama rakyat.
Tujuan borang ini dibuat adalah bagi membolehkan lokasi bantuan dapat diketahui dan bantuan terus dapat dilakukan oleh orang persendirian ataupun organisasi terlibat. Tiada maklumat peribadi yang disimpan, hanya lokasi rumah/kediaman yang memerlukan bantuan.
Bagi warga Malaysia yang ingin menyumbang ataupun menghulurkan bantuan, sila klik pautan ini (https://bit.ly/3qH04qu) bagi melihat peta lokasi bantuan-bantuan yang diperlukan. Peta ini dikemaskini secara real time. Bantuan boleh disampaikan secara terus kepada yang memerlukan.
#myBantu
FB: Malaysia BANTU - MyBantu |
|
|
|
|
|
|
| |
|