CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3229|Reply: 18

Baru Kahwin Sebulan, Isteri Ifan Seventeen Jalani IVF Untuk Dapat Anak Cepat

[Copy link]
Post time 2-7-2021 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Baru sebulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan dan isterinya iaitu Citra Monica tidak sabar untuk menimang cahaya mata.


Malah Ifan dan isteri yang juga seorang model terkenal Indonesia itu mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (​IVF) pada Rabu.


Foto: IG






"Bismillah, pada pagi Rabu, isteri saya sudah melalui proses IVF bermula dengan pengambilan telur untuk dimasukkan ke dalam tabung.


"Doakan semuanya berjalan dengan lancar," kata Ifan menerusi laman Instagram miliknya.


  



  



Rata-rata peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata dan proses yang dilalui mereka berjalan dengan lancar.


Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan itu memilih untuk melakukan IVF sedangkan baru sahaja berkahwin.




  



Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.


Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.




  



  



  



Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua nya cantik lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu lama dia sedih yg 2nd bini dia kena sunami tu
Ltk dkt profile masa tu.
Takde dh tulis kt profile yach
Lawa2 bini dia

Ex yg 1st tu doc
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh ini betul2 tak sabar nak timang anak.. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 02:36 PM | Show all posts
ade iras2 wife baru dengan arwah dylan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus lerrr...
ivf ni sakit ke prosedur nya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak risau ke ifan ni meyundal tak lama lagi? Dah penah Ada kes pun..better hold dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 03:48 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 2-7-2021 03:21 PM
bagus lerrr...
ivf ni sakit ke prosedur nya?

laki tak sakit..ppuan sakit kot.. dia masukkan somethiing utk kutip ovum tu..
seriau tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 2-7-2021 03:48 PM
laki tak sakit..ppuan sakit kot.. dia masukkan somethiing utk kutip ovum tu..
seriau tgk..

errkkkkkkkk tidakkkkkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 07:04 PM | Show all posts
My cousin cakap sangat sakit semasa doktor nak keluarkan telur.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 01:53 AM | Show all posts
perkahwinan kedua? bukan ketiga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Gluck...mudah2 ada rezki untk kalian berdua amin
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini2 dia semua muka lawa tp itu mmg muka sebenar depa ke? Kalau tak mekap cemana eh muka?
Teringin sangat nak tgk muka depa tanpa mekap. Sebab indo punya mekap setau iols sangat2 tebal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 05:59 PM | Show all posts
kedua ke ketiga?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sori nak tanya ni ke yg kena tangkal khalwat dgn ifan dulu.. yg masa tu masih isteri orang tu.. ke ni gf dia yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya Bini dia
Kacuk apa agaknya?
Indon2 ni kalau kacuk selalunya menjadi betul

Lawa2 semua bini2 ifan
Untunglah
Ifan pun muka boleh Jual jua
Suara pun sedap

Hope anak2 nanti cantik2 hensem
DNa premium baka cantik harus ditambah Di muka bumi ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:02 PM | Show all posts



boleh tengok sendiri macammana dokter ambik telur tu dalam ovari,nampak macam sakit tu...  https://youtu.be/LD4HXwu8hgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 2-7-2021 03:21 PM
bagus lerrr...
ivf ni sakit ke prosedur nya?

Based on group ttc i join, sakit u. Sbb tu x semua sggup buat ivf walaupon ada duit. Dkt indon i xsure mcm mana, tp klau dkt sni ada step2 lain sbb terus proceed ivf which is menyakitkan jgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sakit ivf ni. mcm2 prosedur nak buat. tu belum part cucuk perut hari2 for few weeks. bagus la  bini die start buat, maybe dah diagnos both of them  ada prob nk conceive or either one of them yg problem
goodluck, semoga beroleh kejayaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086304 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list