CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7052|Reply: 33

"Tak Perlu Sembah Saya" - Sheila Rusly

[Copy link]
Post time 2-7-2021 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Akur bahawa industri kreatif, khususnya dunia lakonan memerlukan wajah baharu sebagai pelapis kepada pelakon sedia ada, penerbit popular Sheila Rusly bagaimanapun menitipkan pesan agar golongan terbabit peka tentang ilmu dan persediaan dan berusaha mendapat kepercayaan orang dengan bakat, bukannya secara membeli jiwa dengan pelbagai pemberian.


Ujar penerbit berusia 50 tahun itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan para pelakon terutama wajah baharu bagi melancarkan penggambaran.




Kredit foto: IG Sheila




“Nasihat saya kepada yang mahu jadi anak seni, carilah ilmu supaya tidak menyusahkan ramai orang di set lokasi dan pelakon lain.


“Jangan susahkan orang lain hanya kerana rasa diri sudah popular dan ramai pengikut dalam media sosial. Syukur setakat ini tiada lagi pelakon yang berlagak diva bila masuk set penggambaran drama saya,” ujar pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.


Isteri kepada pengarah Jinggo atau Azman Yahya itu juga mahu kelompok pelakon baharu berusaha untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah dan penerbit sebaik mungkin.


Pesannya lagi, barisan bakat baharu juga tidak seharusnya mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh produksi, stesen televisyen dan penonton.


“Tak perlu sembah saya belikan makanan minuman, cuma buat persediaan sahaja. Persediaan yang saya tuntut itu berbayar.


“Tunjukkan usaha untuk berikan yang terbaik. Jangan janji macam-macam kepada stesen. Ini amanah untuk buat yang terbaik dan hargai usaha serta masa penonton yang tahan kencing nak tonton drama lakonan anda,” katanya.


Tutur Sheila, dia tidak pernah memandang sebelah mata mana-mana individu yang ingin membina tapak sebagai pelakon sementelah industri juga ketandusan wajah-wajah segar untuk membintangi karya tempatan.


“Saya memang mengalu-alukan bakat-bakat baharu yang mempunyai minat dalam bidang lakonan memandangkan industri memang ketandusan pelakon.


“Takkanlah nak tayang muka sama sahaja sehingga zaman sekarang seperti hero-hero zaman saya dulu seperti Azhar Sulaiman, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Eizlan Yusof,” kata pemilik rumah produksi JS Pictures itu dalam sidang akhbar virtual drama terbitannya, Ratu Ten Pin baru-baru ini.




K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda sis shila ketuk2 dari queen ella.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok next......
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyst ni kalau x mekap, nmpak sungguh dah kertunya, nak2 tang mata
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
iols dulu teringin nak belakon dengan danish aka tok syam taoi sedar diri rupa takde dan kuat propa, iols simpan sajork angan2 tahek ciken iteww
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 07:46 PM | Show all posts
Ok la makcik.
Nextttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sory muka heshe terlalu bajet bagus dan muka camni paling sesuai jadi pengembala harimau je.. muka terlampau ketat, perengus, kelat, bengis, pahit macam cyst ini sesuai marah orang 24 jam je sejenis muka takda kehidupan.. pakai la telekong 10 lapis pun tetap nur pun takut nak datang sebab muka dia lah terpaling bengis tengok orang dengan pandangan jijik perengus umpama dalam dunia ini semua perlu akur dengan dia dengan jinggo kelat.. dedua pun muka berangan maksum tapi rupanya sangkak berkiblatkan socmed jah ujung2 bergaduh dengan #nyawacyst.. tak sedar diri dah bau tanah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww...poyonyer ayat ‘x perlu sembah’ tu...indirectly nak highlight dia org besar dlm industri yg org terhegeh2 buat baik kat dia..xleh blahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis pun dah 50....yg Che ta masih lagi 48...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis pun sila la low down jugak. Jangan nak mendabik je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kau sape mart?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
tah2 org bg just for d sake if giving.. Kang org x layan kamu..kamu jugak yg bising..x kenang budi la ape la…apo pon x blehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 02:15 AM | Show all posts
diam la nenek. ko dah berpuluh tahun berlakon pon hauk jadi opah tua pon hoverr jah tak yah nak bising la suruh pelakon buat homework la kena sembah la bagai? ko tu buat ke tak homework? apesal tiap kali berlakon tetap la overr jah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis yg suka jengil biji mata
. X berminat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeuuwweewwwwwwww
Perasan sgtttt
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape jela nk mengampu ambik hati dia tu, perasan sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2021 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Die ni kalu cter laki bini mmg terpaling sokmo..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sampai sudah xphm apa hensemnya anak dia tu. mayb duitnyakah yg hensem
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama2 produksi kau pun besha2 je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-7-2021 03:44 PM
Muda sis shila ketuk2 dari queen ella.

Dulu acik ni dpt watak ella filem bayangan maut, last2 kena tukar dgn ella.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.114455 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list