"Coli ini bersaiz 30A, saya sekarang bersaiz 34B dan ianya lebih sihat."
Bekas model Victoria's Secret, Bridget Malcolm menyifatkan jenama pakaian dalam itu terlalu ego dalam menjaga model-model mereka.
Di platform Tik Tok, Malcolm membongkar sisi gelap industri fesyen yang pernah menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya
Sambil menunjukkan baju dalam yang pernah dipakai dalam pertunjukan fesyen pada tahun 2016, Malcom menjelaskan dirinya yang seperti sakit ketika itu.
Dalam video tersebut, Malcolm menyatakan yang Ketua Pegawai Pemasaran, Ed Razek mengeluarkannya dari pertunjukan pada tahun 2017 kerana "badannya tidak cukup cantik."
Foto :Tik Tok
Malcolm yang memulakan karier model Victoria's Secret ketika berusia 18 tahun sebelum ini pernah menulis di blognya pada April 2018 bahawa dia pernah menjalani diet ketat iaitu 800 kalori sehari sahaja dibenarkan.
Foto : Tik Tok
Terbaharu, Malcolm mendedahkan pengalaman traumanya yang pernah disuruh menggunakan kokain dan melakukan hubungan seks untuk menurunkan berat badan. Semua ini menyebabkan dirinya mengalami kegelisahan teruk, tekanan pasca-trauma dan rasa mahu membunuh diri.
"Itu empat tahun lalu. "Hari ini saya dalam fasa pemulihan gangguan makan. Saya kuat untuk menghadapi serangan dari mereka."
Foto : gettimages
Sementara itu, Razek mengundurkan diri pada bulan Ogos 2019 setelah menghadapi serangan balas akibat kenyataannya di majalah Vogue yang dia tidak percaya pertunjukan fesyen Victoria's Secret harus menampilkan "transeksual".
Manakala wakil Victoria Secret pula memberi maklum balas terhadap komen Malcolm degan menyatakan mereka kini mempunyai pasukan baru yang akan bertransformasi bagi mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif.- CARI
|