Sejak tengah hari tadi, video berdurasi 52 saat yang memaparkan sejumlah besar individu beratur panjang sehingga ke persimpangan sebuah pasaraya besar itu tular di media sosial. FOTO IHSAN PEMBACA
Shah Alam: Dianggarkan lebih 1,000 individu yang disahkan positif Covid-19 beratur sepanjang 500 meter di laluan pejalan kaki untuk memasuki Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini, sejak pagi hingga petang hari ini.
Sejak tengah hari tadi, video berdurasi 52 saat yang memaparkan sejumlah besar individu beratur panjang sehingga ke persimpangan sebuah pasar raya besar itu tular di media sosial.
Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, pertambahan jumlah pesakit berlaku antara dua hingga tiga minggu kebelakangan ini.
"Ya, semua yang beratur (mereka yang disahkan) positif Covid-19 dan ini pertama kali mereka ke Stadium Malawati untuk tujuan penilaian (daripada pihak KKM) sebaik disahkan positif.
"Kehadiran pada hari ini saya jangkakan antara jumlah paling tinggi dalam operasi CAC sejak Februari lalu, tetapi jumlah tepat hanya pihak KKM boleh sahkan.
"Sebagai koordinator mewakili Stadium Shah Alam, saya hanya boleh mengesahkan video yang tular sejak pagi tadi adalah gambaran suasana berlaku mutakhir ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Sayuti berkata, mereka datang ke CAC berkenaan seawal jam 6.30 pagi.
"Sehingga 3 petang, mereka masih lagi beratur terutama yang datang menaiki bas dari kilang dan sebagainya.
"Apa yang dilihat dalam video, itu memang situasi sebenar di sini, jumlah warga asing yang datang memang mendadak dan kebanyakannya dari kilang.
"Semua yang datang adalah di bawah kawal selia Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sahaja," katanya yang turut bertugas sebagai sukarelawan di lokasi berkenaan setiap hari.
Post time 5-7-2021 08:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Da 1 hal membuang ms org yg nak ditest plk.
Kalo org yg beratur tu jenis rebel baik dia pg jalan2 bg skit virus tu kat org lain.
Nant bila parlimen da bukak bleh la pg jalan2 kat parlimen tu. Biar pemakan gaji buta dpt covid. Rasain.
Post time 5-7-2021 08:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg dtg tu mmg dah buat rt pcr dan positif..pergi CAC tu utk assessment layak kuarantin d rumah atau kene hantar pusat kuarantin atau kene masuk hospital ...
Post time 5-7-2021 09:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ade satu projek pembinaan kat putrajaya, rase nye kes covid jugak kot. Tengahari tadi, berpuluh bus beratur kat tepi projek tu. Mcm nak ambil pekerja projek tu.
Post time 5-7-2021 09:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sekarang tengah menonton TV3 tentang kes kanak-kanak dan bayi yang di jangkiti Covid di Hospital Sg Buloh dan HKL serta kes kematian
Ikutkan tak sanggup nak nonton coz sebak sangat2 tapi keras kan hati teruskan nonton sekarang ni