|
Penyanyi Ashanty berkongsi detik cemas tertelan cecair pembasmi kuman menyebabkannya berulang-alik membuang air besar kerana sakit perut.
Kredit foto: IG
Berkata kepada hot.detik.com seperti dipetik Kosmo, tidak sengaja tertelan cecair berkenaan selepas menyangkanya sebagai ubat kumur.
Katanya, selepas berkumur baru perasan ia cecair pembasmi kuman rupanya. Malangnya, Ashanty sudah tertelan sedikit cecair itu.
Panik dengan situasi itu, dia bergegas memaklumkan kepada suaminy, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah kerana bimbang sudah tertelan racun.
Kredit foto: IG
Ujarnya, dia bernasib baik tertelan sedikit saja cecair yang dikatakan mempunyai rasa lavender yang masam.
Jadi, dia hanya meminum air putih dengan banyak. Namun, seharian menanggung rasa sakit perut hingga tidak boleh tidur kerana kerap membuang air besar sehingga 12 kali.
Walaupun terseksa menanggung sakit, Ashanty enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan risiko jangkitan Covid-19.
Justeru, dia mengambil inisiatif dengan meminum air kelapa muda untuk meredakan sakit perut.
Kredit foto: IG
Macam manalah boleh tersalah botol ubat kumur dengan cecair pembasmi kuman? Ada ke pembaca yang pernah terminum cecair itu? - CARI |
|