CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 0

Sarat Hamil, Ayda Jebat Hulur Sumbangan Makanan, Susu Dan Lampin Pakai Buang

[Copy link]
Post time 7-7-2021 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Peka dengan situasi semasa, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan khasnya kepada golongan terjejas sepanjang fasa pandemik.


Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberikan bantuan untuk mereka yang berada di sekitar Ayer Keroh, Melaka yang diusahakan oleh keluarganya, pada Selasa.




Foto: IG




Ayda yang kini sedang hamil anak pertama bersyukur kerana urusan agihan sumbangan berupa barangan keperluan dipermudahkan.


“Saya rasa bersyukur kerana dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Ia merupakan usaha kami untuk membantu penduduk di tempat asal saya.


“Kalau ikutkan hati, saya nak sama-sama keluar mencari mereka yang terkesan dan mahu membantu, tetapi saya sendiri enggan berhadapan dengan risiko kerana sedang sarat hamil.




  



  



“Memandangkan saya kini tinggal di kawasan Lembah Klang yang terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), keluarga saya yang mengagihkan sumbangan di Melaka.


“Kami mengagihkan bekalan makanan, susu dan lampin pakai buang. Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan terima kasih kepada keluarga saya yang membantu,” katanya.








Isteri kepada pengacara Nabil Mahir turut berharap agar sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.


“Ramai yang terkesan dengan pandemik ini. Jika hendak dihitung, bantuan yang saya berikan bersama keluarga tidaklah sebanyak mana.


“Saya berharap tak ada pihak yang anggap kami mahu menunjuk memberi bantuan. Saya mahu perkara ini dilihat menerusi sudut positif. Malah, foto penerima bantuan pun saya tak mahu dedahkan di laman sosial.


“Saya berharap cerita ini dapat menjadi inspirasi untuk orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai rezeki lebih dapat sama-sama berkongsi dengan mereka yang memerlukan.








“Saya hanya membantu dari jauh sahaja dan berharap ia dapat meringankan beban sedikit sebanyak. Semoga kita semua sama-sama saling membantu dan menjaga keselamatan agar dapat mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi.


Sementara itu, Ayda menerusi Insta Story turut berkongsi foto berkaitan. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.338557 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list