View: 2269|Reply: 12
|
Nak Ke Mana Usung Tilam Tu?
[Copy link]
|
|
Aksi seorang lelaki dipercayai warga asing ‘mengusung’ tilam di dalam wad sebuah hospital kerajaan mendapat perhatian orang ramai apabila klip video itu tular di laman sosial sejak kelmarin.
Klip video berdurasi 17 saat dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Edda Anissa memaparkan lelaki tersebut lengkap berpakaian hospital sedang mengusung sebuah tilam keluar dari sebuah wad.
Difahamkan, dia diarahkan berpindah ke wad lain, namun akibat masalah komunikasi, dia mengusung sekali tilam yang digunakan semasa proses berpindah.
Bagaimanapun, hasrat pesakit itu untuk membawa tilam tersebut ‘gagal’ apabila diarahkan berpatah balik ke wad asalnya untuk meletakkan semula tilam itu di katil.
Aksi lelaki itu turut disusuli dengan gelak tawa petugas hospital yang kebetulan berada di kawasan ‘kejadian’.
Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut juga ‘terhibur’ dengan aksi lelaki terbabit dan rata-rata mereka mendakwa terdapat masalah komunikasi antara petugas hospital dengan pesakit berkenaan.
Namun, mereka menyifatkan ‘insiden’ itu sebagai satu hiburan kepada petugas kesihatan bagi menghilangkan sedikit tekanan ketika sibuk melawan pandemik Covid-19.
“Ini mungkin masalah komunikasi dan salah faham, tetapi sekurang-kurangnya ada ‘hiburan’ kepada petugas hospital.
“Hilang sedikit tekanan ‘frontliner’ kita melawan Covid-19,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Aryan Hasif.
Turut meninggalkan komen pada klip video berkenaan adalah seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Rem.
“Dah nurse kata pindah katil, nasib baik katil dia tak angkut sekali,” katanya.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Haiii bhaiii. mentang free hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Selamber ngusung kohkoh.. bhai itu tilam berat la bhai{:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berat ke tilam tu.
Klu dia angkut katil xpa. Sbb katil ada roda bradaaaah
Tolak je |
|
|
|
|
|
|
|
kesian juga bila tgk. selipar pun x pakai |
|
|
|
|
|
|
|
alahai...kesian plak tengok nye.. but, kuat jugak kedrat nye..
selamba je angkat tilam tuh.
berat tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam orang asing je sebab tak faham arahan. Lagi pun mesti dah biasa kerja buruh apalah sangat kalau sekadar angkat tilam macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Iol pun respect bab dia dpt angkat tilam tu sng2, berat tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
I wonder kalau covid dah habis, nurse2 n certain doc akn mulut puaka lg ke x |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu background tu awat comey sgt
Du di dam
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhai, macam2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya first time masuk hospital la kot kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|