Di Twitter, pelakon itu menyelar jutawan kosmetik sensasi berkenaan 'tidak berakal dan tunjuk bodoh'.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/08/074754f0yqt0llk80qsmtq.png)
Kredit foto: Twitter
Sementara itu, di Instagramnya pula Shafie menyifatkan tindakan DSV sebagai menjatuhkan semangat rakyat untuk berusaha.
“Jika beliau berniat nak naikkan semangat rakyat untuk berusaha, bukan begitu caranya.
“Ada cara yang lebih holistik. Maaf saya tidak boleh ‘ngam’ dengan orang bersikap dan berfikiran sebegini,” tulisnya dipetik Kosmo! Online.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/08/074808nxz6xm4767cb58kn.jpg)
Kredit foto: IG
Mungkin ada betulnya apa yang DSV sampaikan, tetapi tidak kena gayanya. Apa kata anda? -
CARI