CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2579|Reply: 15

Dapat RM7000 Setiap Kali Jumpa Sugar Mummy

[Copy link]
Post time 8-7-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Menawarkan pulangan pendapatan sehingga RM7,000 untuk setiap kali perjumpaan dengan Sugar Mummy menjadikan segelintir individu gelap mata, sekali gus terpedaya dengan janji manis berkenaan.


'Agensi' perkhidmatan Sugar Mummy ini juga kononnya menawarkan pendapatan lumayan kepada pelanggan mereka sedangkan itu hanya taktik memperdayakan mangsa.


Rangkaian sindiket ini mengambil kesempatan terhadap desakan hidup pada masa kini dengan memberi 'pekerjaan' serta wang mudah kepada mereka yang mahu keluar daripada masalah kewangan.


Gambar Hiasan




Setiap individu perlu melalui proses pendaftaran dengan menyertakan gambar serta pembayaran wang yuran pendaftaran bermula RM600 hingga RM3000 mengikut pakej perkhidmatan Sugar Mummy ditawarkan.


Berdasarkan pemerhatian, wujud sindiket menawarkan yuran perkhidmatan untuk tiga kategori iaitu Sugar Mummy kelas A dengan bayaran RM3,000, kelas B bayaran RM2,000 dan kelas C pada kadar RM600.


Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, rangkaian sindiket itu aktif memperdayakan orang ramai menerusi pelbagai platform media sosial.


Katanya, kebanyakan mangsa penipuan ini malu untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan ia adalah sebahagian aktiviti yang tidak bermoral.


Menurutnya, taktik mereka agak mudah iaitu menawarkan pendapatan lumayan atau hampir tidak masuk akal apabila setiap perjumpaan dengan Sugar Mummy akan dibayar dalam jumlah besar.


"Kita menerima aduan berhubung sindiket ini dan ada dalam kalangan pengadu yang menjadi mangsa penipuan termasuk individu yang menjadi mangsa apabila gambar mereka digunakan oleh sindiket berkenaan.


"Taktik penipuan mereka adalah setiap individu yang ingin mendapatkan perkhidmatan perlu melalui proses pendaftaran seperti memberitahu nama mereka, pekerjaan, gambar dan Sugar Mummy yang diinginkan.


"Kita percaya bahawa gambar setiap individu berkenaan turut digunakan untuk perkhidmatan lain pula atau sebagai bentuk ugutan jika ada gambar peribadi yang dihantar kepada sindiket terbabit," katanya.


Siraj berkata, sindiket ini mengambil kesempatan terhadap masalah ekonomi segelintir individu terutamanya mereka yang hilang pendapatan akibat pandemik yang sedang melanda.


"MCCA ada menerima aduan daripada mereka yang kehilangan pekerjaan dan mahu mendapatkan wang mudah.


"Akhirnya mereka terpedaya dengan sindiket penipuan ini dan ada yang rugi ribuan ringgit semata-mata untuk memperoleh pendapatan lumayan dengan perkhidmatan terbabit.


"Saya juga perhatian bahawa sindiket ini akan menghantar mesej kepada sesiapa saja bertujuan untuk menarik perhatian mereka dan terjerat dengan penipuan sindiket terbabit," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari la pekerjaan yg halal. Walopon gaji sikit, tapi takde la tergadai body
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigolo rupanya - dialog senario


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 10:32 AM | Show all posts
nak jadi gigolo pun kena register eh? mahal pulak tu kena bayar registration.

Setiap individu perlu melalui proses pendaftaran dengan menyertakan gambar serta pembayaran wang yuran pendaftaran bermula RM600 hingga RM3000 mengikut pakej perkhidmatan Sugar Mummy ditawarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 10:35 AM | Show all posts
stock2 kepam macam tong drum ka hot macam  Kelly Brooks masa 2005?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mummy tu hot ke idok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2021 11:02 AM | Show all posts
body tak luak kata changa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 8-7-2021 10:29 AM
Gigolo rupanya - dialog senario

Depa ukoq kotey dgn pembaris Made In China..yg budak sek rendah guna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 11:14 AM | Show all posts
duit berkepuk tapi x halal nanti cepat je habis..sentiasa tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
smata nk hdup bmewah2 dosa phala tolak tepi. minta jauh la kita ni tpesong gelap mata sbb duit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lumayan..dan lumayan dengan dosa jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa kelas C tu heheeheheh muka macam mana dapat pengelasan tahap C tu? sedeh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sugar mummy tu x wujud pun... Yg malu, si mangsa laa.. gi apply... Aptb
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:22 PM | Show all posts
ada la puak2 yg amik kesempatan time2 org susah nie. macam2 sindiket nk kaut duit org.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Time PKP ni pun dpt keluar melac*r ke? Bukan kena kurung dlm rumah ka? Tak kira la mangsa ka pemangsa ka all lock down kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sugar mummy ke daddy ke, xgeli ke kna layan org lg tua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.246504 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list