CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 4

Ubat Kumur Kesan Covid-19

[Copy link]
Post time 8-7-2021 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Satu syarikat farmaseutikal di Indonesia menghasilkan cara baru mengendalikan ujian saringan Covid-19 hanya melalui ubat kumur.


Produk berkenaan yang dihasilkan PT Bio Farma iaitu BioSaliva didakwa membolehkan ujian PCR tidak lagi dilakukan melalui calitan pada hidung atau tekak.


Pengarah Utama Bio Farma, Honesti Basyir berkata, pihaknya berjaya menghasilkan BioSaliva di mana cara ini tidak memerlukan ujian dilakukan pada hidung sebaliknya hanya cukup dengan kumur.




Kredit foto: The Jakarta Post




Menurutnya, cara berkenaan memberi sedikit keselesaan kepada orang ramai untuk melakukan ujian saringan Covid-19.


"Hasil ujian yang dilakukan juga mendapati BioSaliva mencapai ketepatan 99 peratus," katanya seperti dilaporkan Kompas.


Malah, katanya ia juga mampu mengesan semua varian baru virus berkenaan yang dilihat semakin menular di Indonesia.


"Kami akan menghasilkan sekitar 40,000 botol setiap bulan. Harganya juga tidak terlalu mahal dan tidak jauh beza dengan kit ujian yang digunakan ketika ini," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 02:17 PM | Show all posts
inovasi yg bagus..sementara kat malaysia ni hapah FL x habis2 jual modal penat letih da lama x jumpa keluarga..blum masuk lagi si DEWA SAYU KABEL TERAGUNG si abit lies tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:19 PM | Show all posts
Bagus juga ada benda ni tambah kalau ada jual di pharmacy jadi orang ramai boleh buat ujian sendiri tampa perlu ke spital
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:49 PM | Show all posts
so no more PCR cucuk2 hidung lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 02:49 PM | Show all posts
kaya la company yg invent benda nie. boleh buat duit kaw2 time covid nie.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.190068 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list