"Saya tak berminat dengan dunia politik,bukan kepakaran saya. Tapi bila nama Allah digunakan dan dipersoalkan, saya tak setuju dan saya tak suka!! Ada banyak cara dan bahasa yang lebih baik."
Demikian hantaran Erra Fazira di Instagram susulan kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara.
Kredit foto: Instagram Erra Fazira
Tambah Erra, dia tidak bersetuju jika pihak tertentu menyalahgunakan nama Allah atas kepentingan peribadi.
Walau bagaimanapun di ruangan komen, pelakon Abby Abadi menulis agar rakyat Malaysia untuk peka dan mengambil tahu mengenai urusan pentadbiran negara
Kredit foto: Facebook Lim Kit Siang
Abby turut mempertahankan kenyataan Lim Ki Siang mengenai isu ???Kerajaan Allah???, dan berpendapat pemimpin itu tidak mempermainkan nama Allah.
Kredit foto: Instagram Erra Fazira via murai.my
Dalam pada itu, tinjauan mendapati hantaran Erra mengenai isu tular kalimah Allah itu telah dipadamkan.
Pada masa sama, dipetik dari Malaysiakini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu telah menarik balik kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya sebelum ini dan memohon maaf atas kesilapan pemahamannya itu.
Kredit foto: IG Erra/Abby
Terdahulu, Lim mempersoalkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Covid-19 ujian Tuhan dan hanya Kerajaan Allah boleh menyelesaikannya. - CARI
|