Menjual pakaian berjenama anaknya dalam harga berpatutan, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut mendedahkan, sesi jualan tersebut lazimnya akan ‘sold out’ dalam tempoh 10 minit sahaja!
Sementara itu di Insta Story, Anzalna memaklumkan sesi penjualan prelovd yang dilakukan sudah pun habis terjual dalam tempoh 5 minit sahaja.
Kredit foto: IG
“Di atas permintaan, Anzalna usahakan juga dan dapat kumpul baju-baju Eidrees untuk dijual preloved supaya duit itu sedikit banyak dapat menolong mereka yang memerlukan dan I tau followers @prelovedbyeidrees tak sabar!" tulisnya.
Sumber: Media Hiburan