CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20129|Reply: 113

Serina Redzuawan dan Meor Mohammad Aidid Senyum pandang kamera sebab terlalu ban

[Copy link]
Post time 9-7-2021 10:00 PM | Show all posts |Read mode

SERINA berkongsi momen manis bersama suaminya, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin.

Serina bangga suami tabur bakti buat negara

PETALING JAYA – Pernah dikecam selepas didakwa berkahwin secara rahsia pada April lalu, kontroversi tersebut bukan penghalang untuk suami kepada pelakon Serina Redzuawan iaitu Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin untuk penghargaan dalam kerjaya kepolisannya.

Kejayaan Aidid itu dikongsi sendiri oleh Serina, 38, menerusi satu hantaran Instagram hari ini berserta dengan ucapan manis buat suaminya yang merupakan seorang pegawai polis.

Difahamkan, sijil penghargaan tersebut dianugerahkan kepada Aidid selepas memberi prestasi cemerlang dalam tugasnya.

“Tahniah suamiku tersayang, terima sijil penghargaan atas tugas cemerlang. Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan mereka.

“Saya akan selalu menyokong kerja dan sangat berbangga dengan awak, Darling,” tulis anak kepada chf selebriti terkenal, Datuk Chef Wan.


SERINA menunjukkan momen ketika suaminya menerima sijil penghargaan daripada seorang pegawai atasan PDRM.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu turut memuji dan memandang tinggi dengan pengorbanan anggota polis.

“Bertugas menjaga keamanan demi keselamatan rakyat dan menabur bakti merupakan perjuangan anggota polis yang mulia.


“Syabas kepada semua anggota polis yang telah berkorban masa, bersengkang mata bagi memastikan kedaulatan negara terus aman dan damai,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Serina turut memuat naik beberapa keping gambar dia bersama Aidid yang lengkap berpakaian seragam polis serta momen ketika suaminya menerima sijil penghargaan.

Untuk rekod, pada 9 April lalu, Serina mengesahkan dirinya selamat bergelar isteri buat kali kedua menerusi sebuah entri dalam Instagramnya.

Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi lanjut mengenai majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di sebuah negeri di utara tanah air.

Pernikahan kali kedua Serina itu turut mencetuskan kemarahan bapanya kerana mendakwa tidak mengetahui anak sulungnya itu telah berkahwin.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh..awal sgt ke ai masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Anugerah Cemerlang ni mesti tahun sebelum punya prestasi. Motif Serina perasan nak claim?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
asadd nakkmontawhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:16 PM | Show all posts
Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan mereka


ko kawen bulan 4 skarang bulan 7 so tak kira yach

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak mentua dah buat hantaran tahniah di Instahgeram lom?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahhaha tajuk tt. Tak menahan kaka baca1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 10:34 PM | Show all posts
Anugerah cemerlang untuk gov sector ni toksah percaya la.

Die ade dua kategori. Ikut turn, dan bukan orang yang berani tegur kekhilafan ketua jabatan.

Ko cemerlang la mcm mana pun, andai kata ko ade tegur kesilapan dasar, atau tercalarkan ego ketua jabatan, mmg x kan dpt.
Yang lain, dapat ikut turn. Kaki MC setiap hari isnin sbb bini dok nun kat Utara pun selambe dapat APC.
Pekerja x buat kerja pun boleh bagi APC sebagai pemberi semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak leh lah tengok muka serina ni. Mesti teringat dia berjoget bagai nak rak dekat pusat karoke
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pasubungaa replied at 9-7-2021 10:35 PM
Tak leh lah tengok muka serina ni. Mesti teringat dia berjoget bagai nak rak dekat pusat karoke

Macam Gorilla joget dapat PISANG! Muhahaha

Serina Tak perlu bangga lah sangat.... Mu tu penyondol masjid orang ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 9-7-2021 10:34 PM
Anugerah cemerlang untuk gov sector ni toksah percaya la.

Die ade dua kategori. Ikut turn, dan bu ...

Ya iols setuju dgn u. I ada kwn keje gomen. Pegi ofis cuma punch in sekejap pastu balik rmh membuta or pegi melepak dgn kwn2. Punch out nt ada member tlg. Setiap hari gitu. Ada hari x masuk lgsg pun ofis. Hujung2 dpt anugerah cemerlang dlm pekerjaan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
harap kekal la ye..kalau tak..malu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 9-7-2021 10:34 PM
Anugerah cemerlang untuk gov sector ni toksah percaya la.

Die ade dua kategori. Ikut turn, dan bu ...

Tau takpe.mmg take turn. Kira je memasing pnye turn tahun bila
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pasubungaa replied at 9-7-2021 10:35 PM
Tak leh lah tengok muka serina ni. Mesti teringat dia berjoget bagai nak rak dekat pusat karoke


Sama cuols. Iols pun teringt tarian hazab bergegar2  dia di karaoke
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
patut xyah share ....
sbb netijen nyampah dgn mereka laki bini ....
kalo kekal alhamdulillah .....
kalo jodoh xpanjang, rasain lhooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt fb bukan main dia mengutuk sakan ex wife laki die ni..trigger kot sbb kt fb ramai makcik2 bawang duk cerca dia..kt ig blh la baca komen2 membodek..tp bukan di fb yach..x chill lgsg serina ni terserlah true colors dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry, i tak le tgk muke laki die
First sbb x hensem mcm gavin
Second die menjandakan isteri die utk serina
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:28 PM | Show all posts
Kemain muka serina bangga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, baru kawen berapa bulan kau dah claim penyokong kuat laki sampai dapat anugerah. Dah tu bini lama yang dok gigih masak makan minum dia sampai besar gedabak boroi tu. Yang beranak anak2 dia jaga sampai besar, sambil2 tu siapkan baju keje laki basuh spender bagai sampai laki tu boleh kerja bertahun2. Eh tiba kau pulak nak dapat kredit, dasar pencaras mmg suka claim hak orang kan. Bapak kau tak ajar ker hormat hak orang, pelakor......

Hah aku mmg geram kat pencaras mcm ni, harap dia baca la ni ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050433 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list