Seorang wanita di Singapura mengalami pengalaman ngeri lagi menjijikkan apabila ‘mengunyah’ gigi manusia di dalam fish and chips yang dipesannya.
Wanita itu membeli hidangan berkenaan dari sebuah restoran di Hougang Avenue.
Wanita yang tidak disebutkan namanya itu menceritakan, dia pada mulanua bersama seorang teman memesan menu fish and chips di sebuah restoran terkenal.
Ketika memakan ikan tersebut, giginya terasa mengunyah sesuatu yang keras.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/11/134059ztqevgqii8qai8td.png) Gigi manusia di dalam fish and chips yang sudah berubah kekuningan .
Wanita itu berkongsi gambar fish and chips bersama gigi tersebut di Facebooknya pada 6 Julai.
Namun, dia kemudian memadam hantaran tersebut selepas menerima ganti rugi dan permintaan maaf daripada pemilik restoran berkenaan.
Sebelum memadam hantarannya, wanita itu mengatakan bahawa dia melihat sesuatu yang aneh pada gigitan kedua makanannya.
Dia kemudian mengembalikan makanan tersebut dan ditawarkan makanan lain sebagai gantinya, namun dia berkeras mahukan wangnya dikembalikan.
Wanita itu mengatakan bahawa kaki tangan restoran berkenaan terkejut dengan penemuan tersebut dan mereka segera bertindak mengembalikan wangnya.
Sementara itu, pemilik itu telah menghubungi wanita itu untuk meminta maaf dan mengatakan akan melakukan siasatan dalaman berhubung insiden berkenaan.
Dia mengatakan gigi berkenaan bukan milik dua kakitangannya yang bertugas ketika itu.
Pemilik restoran memberitahu, dia mengesyaki kemungkinan ada unsur sabotaj untuk memburukkan imej restorannya.
Sumber: Utusan |