Sekumpulan netizen melahirkan rasa marah, kecewa dan tidak berpuas hati terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam.
Ia susulan perkongsian Annuar menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan isterinya, selain menjamu makan tengah.
Bagaimanapun, selang beberapa lama selepas ciapan di Twitter, Annuar memadam perkongsian itu akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang mendakwa tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) ketika ini.
Kredit foto: Twitter/The Star
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau dan isterinya mengambil peluang menziarahi Abdullah dan Tun Jeanne Abdullah di kediaman bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur.
Namun, netizen mula menyoal apakah Annuar bersama isterinya melakukan ziarah ketika negara sedang berhadapan dengan ‘total lockdown’ .
Ada netizen meminta Annuar supaya menunjukkan teladan lebih baik kepada umum.
“Walaupun anda tidak pandai, sekurang-kurangnya jadilah teladan yang baik,” kata seorang netizen.
Rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati sudah berkurung terlalu lama. Namun, golongan atasan boleh pula sesuka hati mengingkarinya.
“Anda bernasib baik kerana dapat berkunjung. Bagi yang lain, mereka tidak dapat mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara mereka.
“Oleh kerana anda bercakap tentang makan tengah hari, adakah anda sudah melawat kawasan (parlimen) anda? Adakah orang di sana cukup makan?” tulis netizen.
Sebelum ini, Annuar pernah dikritik kerana berjoging dengan dua orang lain dari rumah berbeza, beliau juga pernah berdepan kontroversi apabila menyertai acara jamuan makan walaupun ketika itu ianya dilarang.
Sumber: MalaysiaGazette |