Mengibar bendera putih seakan-akan sudah menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akibat kesusahan disebabkan pandemik.
Itulah yang dilakukan kanak-kanak ini apabila sanggup memanjat balkoni rumah demi mengibarkan bendera putih.
Kisah meruntun hati ini dikongsikan seorang aktivis kemasyarakatan, Salwa Naidin menerusi satu video pendek yang dimuat naik di TikTok.
Menurutnya, aksi tersebut dipercayai dirakam tanpa sengaja ketika dia melalui kawasan PPR itu sebelum bergegas ke rumah kanak-kanak tersebut bersama pasukannya.
Kredit foto: TikTok
Berikutan daripada itu, keluarga kecil ini menerima sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO).
Post time 11-7-2021 05:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Comel adik ni. Acik doakan adik dipermudahkan urusan menuntut ilmu ye, jaga diri & jangan terjebak dengan kawan2 yang salah. Insyaallah dapat hidup yg lebih baik nanti.