Dah lima tahun hidup Mikaeil Andre diselubungi kisah misteri dan pelbagai kejadian aneh.
Kata Mikail yang juga anak kepada Khatijah Tan ini, dia dan keluarga dah tak tahan kerana gangguan semakin kerap dan mengerikan.
Foto: IG
"Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk... ia berlaku hari demi hari.
"Mula-mula cermin tingkap jenis sliding pecah, hari berikutnya pula anak saya pecahkan gelas... jadi ia seperti ada perkara tak elok.
"Tiga hari lepas tu ada ular tedung senduk besar masuk dalam rumah sampai meremang bulu roma bila kejadian tu berlaku," katanya kepada mStar.
Foto: mStar
Perkara itu juga turut dikongsikan melalui Facebook miliknya.
Di ruangan komen, peminat terkejut dengan pendedahan berkenaan.
Mikail kata dia sedar kehidupannya mula diganggu selepas pulang dari shooting lima tahun lepas.
Dia dan abangnya, pelakon Pierre Andre ada mendapatkan rawatan perubatan Islam.
"Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu.
"Baru-baru ni pula saya dan mak tengah makan dekat ruang tamu, lepas itu kami terhidu bau kemenyan. Apa yang pelik ialah hanya saya dan mak je yang bau, ayah pula tak hidu apa-apa.
Mikail dan Pierre, Foto: mStar
"Ustaz kata ada orang yang tak puas hati hantar sesuatu kepada keluarga saya, tapi tahu dia tuju kepada siapa."
Walau bagaimanapun Mikail tak mahu menuduh mana-mana pihak.
"Walaupun ustaz beritahu ini buatan orang tapi kami tak syak siapa-siapa pun sebab tak ada musuh dan tak pasti dari siapa.
"Apa yang boleh kami buat hanya ikhtiar dan banyakkan amalan wajib." -CARI |