CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1964|Reply: 8

Payudara Isteri Nizam Laksamana Dibuang, "Alhamdullillah Duit Rawatan Masih

[Copy link]
Post time 13-7-2021 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Nizam Laksamana, 55, bersyukur masih lagi mampu menguruskan perbelanjaan rawatan isterinya, Salwati Zulkifli, 46, yang selamat menjalani pembedahan akibat kanser payudara tahap dua dihidapi, pada Jumaat lalu.


Nizam dihubungi berkata pembedahan membuang payudara sebelah kiri isterinya berlangsung selama tiga jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dibuat atas nasihat doktor untuk keselamatan kesihatan dan kesembuhan.


"Alhamdulillah, pembedahan berjaya Sekarang isteri pun dah dibenarkan balik ke rumah untuk penjagaan lebih teliti. Saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana memberi semangat kuat kepada isteri untuk berjuang melawan penyakitnya.


"Isteri, seorang yang sangat tabah dan saya bangga dengan semangatnya. Setakat ini, dia sudah menjalankan rawatan kimoterapi sebanyak enam sesi pusingan dan juga pembedahan ini. Tidak lama lagi, buat rawatan radioterapi pula," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro



Menurut Nizam, dia juga bersyukur rezeki isterinya agak murah apabila kos rawatan dapat ditampung oleh tiga anak mereka yang sudah bekerja termasuk perniagaan muruku secara 'online' yang diusahakannya sejak musim pandemik ini.


"Saya memang tegas taknak menerima sumbangan dari mana-mana pihak kerana sedar ramai lagi orang yang susah sekarang dan perlu dibantu. Untuk keperluan rawatan isteri, insya-Allah saya dan anak-anak termasuk adik-beradik boleh saling membantu.


"Buat masa ini, kewangan rawatan diperlukan masih cukup. Apapun, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang dah bantu mendoakan isteri. Doktor pun kata, keadaan kesihatan isteri boleh kembali pulih walaupun sekarang belum stabil kerana perlukan masa," katanya.


Nizam dan Salwati bernikah pada 1995 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata berusia di antara 25 hingga 17 tahun. Terdahulu, Nizam mendapat tahu isterinya menghidap kanser payudara pada Januari, tahun ini.


Nizam yang cukup popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta berkata walaupun dia, isteri dan keluarga dimpa ujian besar ini, mereka tetap bersyukur kerana sedar Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2021 10:49 AM | Show all posts
Bagus Nizam ni. Terdidik elok anak2 dia, muda2 dah berjasa pada mak ayah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semuanya lancar
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau breast cancer ni.. Kalau buang je payudara tu boleh baik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh utk isteri nya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgusnya xnk hidup meminta2.   Klu iols org nk bg iols mesti terima kikiki.   Bgus dia x ambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2021 11:25 PM | Show all posts
umbut replied at 13-7-2021 11:04 AM
Kalau breast cancer ni.. Kalau buang je payudara tu boleh baik tak?

No guarantee. Sbb mastectomy ni salah 1 treatment je. Which is surgery. Then followed by other treatments mentioned dlm cite d atas. Dh buang entire breast & complete chemo cycle + radiation sekalipn possibilities utk sakit blk ade. Cell cancer tu mebi dh senyap2 spread to the other parts of your body. That happened to jiran i.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 13-7-2021 11:04 AM
Kalau breast cancer ni.. Kalau buang je payudara tu boleh baik tak?

Ada sedara buang sebelah. Pastu merebak ke sebelah lg. Buang lg sebelah. Skang dah jd kanser rahim plak. Buang rahim. Tp kanser dah pegi usus plak..

Sedihnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 09:20 AM | Show all posts
semoga lekas sembuh isteri dia ...syukur murah rezeki and bill pun ok tak berapa mahal kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043346 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list