CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2423|Reply: 17

Polis Siasat Dr Han Galak Orang Ramai Sertai Mogok Code Black

[Copy link]
Post time 15-7-2021 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Polis menjalankan siasatan terhadap rakaman klip video tular berkaitan mogok Code Black sebagai tanda sokongan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan klip video tular berdurasi enam minit 49 saat yang bertajuk Malaysian doctors on strike/mogok? 1st-12th July 2021 Code Black'.


"Klip video tersebut memaparkan rakaman ucapan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Dr Han@Gigi Han yang mempertikaikan skim pelantikan doktor secara kontrak dalam sektor perkhidmatan awam," katanya melalui kenyataan pada Rabu.




Polis sedang siasat rakaman klip video tular berkaitan mogok Code Black.





Abdul Jalil berkata, melalui rakaman video itu, dia meminta orang ramai agar mengambil bahagian dengan menukar gambar profil di media sosial masing-masing dengan warna hitam atau warna monokrom mulai 1 julai 2021 hingga Isnin lalu.


"Individu terbabit turut meminta orang ramai memuat naik gambar dengan tanda pagar #saveMYcontractHCW, #CodeBlackMY dan #BlackMondayMY pada Isnin," katanya.


Beliau berkata, tindakan tersebut dinamakan sebagai Code Black yang membawa maksud keadaan darurat di hospital akibat ancaman kepada petugas atau ancaman bom di hospital.


"Code Black bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak yang menuntut untuk diberi keistimewaan sebagaimana pegawai perubatan berstatus tetap.


"Individu tersebut juga mendakwa sistem yang diamalkan oleh kerajaan boleh menjejaskan kehidupan semua rakyat Malaysia dan perkhidmatan kesihatan selama enam dekad sejak Malaysia mencapai kemerdekaan," katanya.


Mengulas lanjut Abdul Jalil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana dengan niat hendak mengapikan mana-mana golongan melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana golongan.


"Kes juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 58) kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar," katanya.


Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya.


"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis," katanya.


"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden NG Guan Seng di talian 03-8886 2222 atau Pusat Kawalan Derah Putrajaya di talian 03-8886 2145," katanya.


Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bjak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.


"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 02:34 PM | Show all posts
kenapa nak blurkan muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 02:43 PM | Show all posts
dktor gigi byk masa ek?

doktor lain nk berak pun tk sempat. apetah lagi nk rakam,edit,post video..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bendera hitam la, code black la... siapa yang dengar luahan pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la time covid ni dorang pekerja kontrak diperah seperah perah yer. Abes je nnt dibuang, x sambung kontrak. Why the kkm nak offended sgt dgn kempen ni. Mentang2 dorang permanent.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
skarg suma pun mmg dah contract la encik doktor...pharmacist da lama start contract, SN pun contract, MA pun contract...Ko ingat dyorg2 tu suma bukan hcw ke? ai rasa B4 doc ni masuk uni pun dia dah tau dia nanti jd akan keluar sebagai doktor kontrak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KerajaanGagal goyang ke tu?
Mana pergi demokarsi? Hak bersuara?
Takkan nak senyap saja kalau kena buli?

Ingat eh, PRU nanti jangan pergi mengundi sebab bila dah menang atau pegang kuasa, mereka takkan pedulikab rakyat! Biarkan politaik syok sendiri buat PRU
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 03:59 PM | Show all posts
olaoli replied at 15-7-2021 06:34 AM
kenapa nak blurkan muka dia.

gigi han? gigih an?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita dia kerajaan duit xda nak serap tetap. .. tu pun doktor2 xpaham
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kecian, junior kontrak sendiri pun tak boleh bersuara bela nasib memasing apatah lagi isu2 level policy maker...

mikir le mkaymkaym ni camne yoep
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara tgh dlm krisis kesihatan dan ekonomi,masa ni la nak protes2 bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila la korang hidup asyik nak ikut telunjuk dunia saja. Bila ada rakyat dunia perjuangkan hak pun kau orang lombu dicucuk hidung ini kutuk2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 06:35 PM | Show all posts
Edited by Tinot7 at 15-7-2021 06:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 08:06 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 15-7-2021 04:21 PM
cerita dia kerajaan duit xda nak serap tetap. .. tu pun doktor2 xpaham

Orang x marah kalau kerajaan takde duit nak serap permanent.

Orang marah bila takde duit, tapi lantik menteri2 bangang sia2, naik gaji, naik pangkat.
Kalau takde duit, buat cara takde duit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 08:29 AM | Show all posts
typical la kat sini..orang yg bagi pendapat atau highlight benda2 yg patut dibetulkan tapi kena siasat, bukan siasat perkara salah tu.
kill the whistleblower...kesian. so moral of the story berdiam lah walau kejahatan didepan mata
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 01:46 PM | Show all posts
sekarang nie jawatan tetap to still ada lagi ke dalam sektor gov..? xkira laa jawatan apa pon. iols dengar banyak yang kontrak sekarang nie. Sapa2 blh explain tak..? how about budak2 yg keluar dri institut kkm..? diorg pon akan dapat kontrak jgk ka ..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2021 05:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 05:44 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-7-2021 05:50 PM
Sampai bila la korang hidup asyik nak ikut telunjuk dunia saja. Bila ada rakyat dunia perjuangkan ha ...


biasa la nama pun sheeple.
mereka ompama lembu di tarik hidungnya ke hulu ke hilir.

itu pasal gue suka gelakkan cipel bodoh ni semua,
dah la bodoh, sombong pulak tu. hilarious  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056053 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list