View: 2454|Reply: 16
|
Nak Selamatkan Seorang Gadis, 30 Orang Penduduk Kampung Jatuh Perigi Dan 5 Mati
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas sebilangan penduduk kampung jatuh ke dalam sebuah perigi ketika mereka cuba menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di dalamnya.
Laman berita IndiaToday melaporkan bahawa kejadian berlaku di Ganj Basoda, daerah Vidisha dalam negeri Madhya Pradesh semalam.
Menurut penduduk tempatan, telaga tersebut mempunyai kedalaman lebih 15 meter (50 kaki) dengan paras air sekitar 6 meter (20 kaki).
Berdasarkan maklumat terkini, lima mayat telah dijumpai dan lebih 15 mangsa berjaya diselamatkan.
Foto: Agensi
“Seramai 13 orang masih hilang,” kata polis sambil menambah, operasi menyelamat masih berjalan di Vidisha.
Mayat kelima berjaya ditemui setelah hampir 21 jam operasi menyelamat dilakukan. Beberapa mangsa lain dikhuatiri masih terperangkap di perigi tersebut.
Menteri tempatan, Vishwas Sarang yang bergegas ke tempat kejadian lewat semalam susulan arahan Ketua Menteri, Shivraj Singh Chouhan, memberitahu saluran berita ANI hari ini bahawa operasi menyelamat diteruskan di Ganjbasoda, Vidisha.
Menurutnya, seramai 19 orang berjaya diselamatkan. Insiden berlaku selepas tanah di sekeliling perigi tersebut runtuh.
“Sukar untuk memberitahu angka korban sebenar sehingga operasi menyelamat berakhir,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah: gadis pembawa sial
Allahuakbar. May the lord have mercy on you. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang berjaya menyelamatkan saya akan diberikan peluang beromen, mungkin kata gadis tersebut.
Maka berbondong - bondonglah lelaki muda dan tua yang horny terjun ke dalam perigi tersebut dengan pantas. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aihhh.. da macam cite thriller seram suspen paranormal mistik bagai. nak selamatkan someone, ramai yang terjerumus maut sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis tu selamat tak? Ke mati sekali. Iols baca sepintas lalu ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana sampai ramai.mcm tu sekali masuk sama |
|
|
|
|
|
|
|
5 mayat dijumpai
15 berjaya diselamatkan
13 masih hilang
Para bwh lg plk tulis 19 org berjaya diselamatkan
Tajuk tt ltk 30 org
Dh 3 pg ni
Pening nk pk
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada gambar yg lebih real kaa..?.. bideo mana? Bideo mana..? Gambar perigi kerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reaksi yang dijangka (Kalau di nusantara)
1. Ahli politik - Datang ke kampung dan janji akan beri bantuan. Buat acara pecah tanah buat perigi baru. Sampah ke sudah perigi tak muncul.
2. Agamawan - Ini semua bala dari tuhan akibat penduduk kampung hidup dalam maksiat.
3. Instafamous - Datang hulur air mineral dan bergambar posing cantik,gambar siap dengan bokeh semua.Mcm gambar album kahwin tepi sawah padi.
4. Menteri KDN - Pasang kawat duri dan laksanakan PKPD kerana gejala terjun perigi ni boleh merebak. |
|
|
|
|
|
|
|
. Insiden berlaku selepas tanah di sekeliling perigi tersebut runtuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanah perai macam tu memang membahayakan nak pulak dah ramai2 macam tu mana tak mudah runtuh |
|
|
|
|
|
|
|
perigi.di.india ni besar besar kan...siap ads tsngga nak.turunnke bawah |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 18-7-2021 01:11 PM
Tanah perai macam tu memang membahayakan nak pulak dah ramai2 macam tu mana tak mudah runtuh
Agaknya nak menolong tu satu dua orang je, yang lain duk nak nengok je…
Apa2 pun kesian pula gadis tu digelar pembawa malang pula. Dah ajal penduduk kampung nak buat macam mana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|