Gara-gara mahu tampil lain dari yang lain di platform Tik Tok, sekumpulan remaja melakukan 'prank' dengan tema malaikat maut. Namun, malangnya maut terlebih dahulu menjemput seorang daripada ahli kumpulan tersebut.
Menurut laporan Tribunnews, mereka telah menghalang laluan di lebuhraya di RE Martadinata, Bekasi tetapi nasib mereka tidak baik apabila brek sebuah trak tdak berfungsi secara tiba-tiba dan tiga dari mereka yang berdiri di situ telah dilanggar.
Foto : Tribunews
Seorang dari mereka yang berusia 16 tahun meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala manakala dua orang lagi cedera parah dan kini dirawat di Hospital Cikarang.
Sementara itu, Ketua Polis Bekasi, Hendra Gunawan menyatakan mereka membuat kandungan untuk Tik Tok.
"Mereka didakwa membuat kandungan dengan menghalang laluan trak. Ini adalah kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah kerana membahayakan nyawa orang lain."
Nampaknya, ramai anak muda terlalu ghairah mahu popular di media sosial hingga membahayakan nyawa masing-masing. Jadi, awasi anak atau adik anda yang nampak obses media sosial ini. - CARI |