"Kau tak peka dan sensitif ke apa? Kau duduk kat Malaysia ke kat overseas? Aku doakan aku taklah se-desperate kau."
Nampak marah betul Ning Baizura dalam satu kemas kininya di Instagram, semalam.
Kredit foto: IG
"Emas kau tak ke mana dik. Baik share dengan orang yg tak ada job, tak ada makanan, tempat tidur, duit.
"roduk kau tak kemana weiiii setakat nak glamour, kau nak mengalimkan mata masyarakat. Konon kau baik, kau dan berubah.. Konon konon laaaa.
Kredit foto: IG
"Sudah-sudah lah buat-buat tak tahu, tak peka.. Penjualan kau tu boleh membantu orang lain yang merempat.
"Jangan buta mata, buta hati. Biar puteh tulang, jangan puteh mata dan semangat!" tulisnya.
Di ruangan komen, ramai tertanya-tanya, siapa kepada siapa post itu ditujukan.
Kredit foto: IG
Malah, ada yang meneka Zarina Anjoulie atau Caprice individu dimaksudkan Ning itu, namun semuanya masih menjadi teka-teki.
Bagaimanapun, Ning kemudian menegaskan hantaran itu bukan ditujukan buat individu tertentu.
Kredit foto: IG
Pun begitu, ada netizen mendakwa perkataan PUTEH yang ditulis Ning adalah klunya. Siapa yang dikaitkan dengan PUTEH itu? - CARI |