View: 3477|Reply: 24
|
Gadis Indonesia Guna Mykad Daftar MySejahtera
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia didenda RM14,000 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki dan menggunakan kad pengenalan (MyKad) palsu baru-baru ini.
Tertuduh, Zhiehara Toding, 22, sebelum itu membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret R. Manomani.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi MySejahtera atas identiti orang lain menerusi satu kad pengenalan bernama Norsyarifah Muhsin sebagai dokumen pengenalan diri.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202107/22/135617p7pnrnfhrrzyvf1t.png) Foto: Kosmo
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di daerah Timur Laut di sini di antara 24 Jun hingga 12 Julai lalu.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja memiliki kad pengenalan palsu atas nama Ziehara Boisi sebagai pengenalan dirinya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di 1-17-04, Desa Pinang 2, Lebuh Sungai Pinang di sini di antara pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang pada 17 Julai lalu.
Bagi kedua-dia kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM6,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayarnya bagi pertuduhan pertama, manakala RM8,000 bagi pertuduhan kedua.
Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Azry Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Pengarah JPN negeri, Nur Zulfa Ibrahim ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, kes tersebut merupakan di antara 11 kes yang dituduh di mahkamah sepanjang tahun ini membabitkan kesalahan MyKad palsu.
Ujarnya, jumlah itu meningkat berbanding hanya sembilan pertuduhan membabitkan kes sama sepanjang tahun lalu.
“Sepanjang tahun lalu sehingga Jun tahun ini juga, seramai 25 individu ditahan bersabit kesalahan MyKad palsu menerusi 21 operasi yang dijalankan.
“Daripada jumlah itu, 16 yang ditahan merupakan warga asing, manakala sembilan lagi adalah rakyat tempatan yang antaranya melibatkan kesalahan seperti pendaftaran palsu untuk sijil kematian,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyak rasuah negara Malaysia
murahan
pendatang haram buat ikut suka
celaka nakharom bughittttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pati ke? Hantar jelah balik negara asal. Senang2 je eh dpt mykad palsu. Tolong lah amalkan integrity jgn sesuka bg hak negara kita dekat org luar |
|
|
|
|
|
|
|
Sape la dalang penjualan identiti ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-7-2021 02:27 PM
Bahana memberi kerakyatan kpd warga asing taun 70-an,80-an dan sekarang mungkin anak2 mereka ada yg bekerja dlm sektor perkidmatan awam...bagaimana kalau mereka inilah disebalik 'kerosakkan' sektor pekhidmatan awan dan jabatan kjaan(yg lain2)yg berlaku sekarang ni???![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hmm....wahai Malaysians sesiapa yg tak dapat temujanji by 1st August ni you all pi ye, sebab i think malaysians should be prioritsied first lah , lagipun tax payers kan. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak tak ketirisan security pendaftaran kad pengenalan salah guna i bahaya kan? u see stolen identity.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikk..yang kes kat kelantan denda murah . |
|
|
|
|
|
|
|
hantar jelaa balik, apa masalahnya? susah betullll! negara sebelah je pun.
haa ko takkan dapat privilege ni kat negara sendiri, memang tak nak balik wehhhhhh bila dah merasa malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Denda n hantar balik leluhur
Tukang bg ic pon sama
Jga sgt geng leluhur elok p dok sana skali
Jail pon ok |
|
|
|
|
|
|
|
orang JPN itu sendiri sis. Dulu ada kenal indo beli IC untuk anak dia RM10k.saya tanya sapa dalang. dia bgtau la kerja kantor JPN. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 22-7-2021 02:52 PM
hantar jelaa balik, apa masalahnya? susah betullll! negara sebelah je pun.
haa ko takkan dapat priv ...
aku pernh cadangkan selepas dihukum...PATI hanya dibenar tinggal dan 'MAKAN FREE' kat depot tu..selama 7 hari..pastu kedutaan mereka kena amik dan dihantar pulang...andai kedutaan tak kutip drng...maka selepas 7 hari 'makan free'...hari ke-8 dan seterusnya...tahanan ni cuma dibagi minum air paip jer....kalo nk makan jugak....kena beli sendiri(majikan,saudara,kedutaan usahakan). |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 22-7-2021 03:03 PM
aku pernh cadangkan selepas dihukum...PATI hanya dibenar tinggal dan 'MAKAN FREE' kat depot tu..se ...
aku cold blooded sikit la dari ko. dari dia sampai yang bagi ic tu denda bla3, pastu dah berambus balik yendon, dengan yang jual ic tu sekali, delete nama dia dari jpn, ha duduk laaa ko kat yendon sana. nak perangai macam syial sangat jadik tukang jual negara, haaaa dengan2 kau pergi berambus sana. melutut 7 hari 7 malam pun, no excuses.
nasib dia tak hidup zaman dulu. bukan dia je, satu keturunan dia kena hukum |
|
|
|
|
|
|
|
setuju... mereka ni la yang dalang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dinegara lain pasti dah diarah balik |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes kedua kan ?
tapi yang ni nampak cantk sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami mmg anak tiri.
Daftar awal konon.
Haram x dpt pape.
Retis jgk yang diutamakan
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat tak dulu kalau tak salah aku, ada pengarah ke apa JPN pulau pinang kena tahan sebab kes lambakan IC palsu ke cmne ntah...
yang ni hasil rasuah jual IC tu la kot? kes tu pun aku taktahu jadi apa , senyap jer |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 22-7-2021 08:45 PM
ni kes kedua kan ?
tapi yang ni nampak cantk sikit.
la kes kedua dah ke.. igtkan kes haritu. senang malaysia dijual beli. celaka staff jpn. xde org dlm mmg xleh buat benda ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|