View: 4820|Reply: 20
|
Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat? Syafiq Kyle Minta Doa Peminat
[Copy link]
|
|
Melalui fasa 'turun naik' dalam percintaan sejak enam tahun lalu, pelakon Syafiq Kyle mengakui dia dan aktres Mimi Lana kini dalam proses membawa hubungan cinta mereka ke peringkat yang lebih baik.
Biarpun tidak menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat, namun Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang tersalah cakap atau termakan kata-katanya sendiri.
Foto: IG
"Sebenarnya semua orang dah tahu (hubungan dengan Mimi). Saya dengan Mimi baik-baik sahaja... Insya-Allah kami menuju ke perkara yang baik dan positif juga.
"Apa yang saya harapkan doa daripada semua orang selain saya juga sentiasa berdoa. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab takut tersalah cakap atau termakan apa yang saya cakap.
"Benda ini pun melibatkan soal jodoh... tapi saya menghargai apa yang ada dan yang lain, saya serahkan kepada Allah serta semua orang agar doa yang baik-baik untuk kami," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, hubungan cinta pasangan itu pernah dikatakan putus pada Mei tahun lalu selepas lima tahun melayari bahtera cinta.
Biarpun tidak menyatakan secara rasmi kembali berpacaran, namun menerusi beberapa perkongsian Mimi di laman Instagram beberapa bulan lalu bagaikan mengesahkan cinta bertaut semula.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini memberitahu dia hanya akan berbicara mengenai kisah peribadi sekiranya berasa selesa untuk berkongsikan perkara itu.
"Saya akan kongsi tapi tidak la sepenuhnya... mungkin ada orang suka kongsikan semuanya dan ada orang lebih selesa hanya kongsi 10 peratus sahaja kepada umum.
"Tapi saya fikirkan keselesaan saya sendiri... kalau saya selesa untuk kongsi tentang peribadi, saya akan kongsi. Tapi kalau saya tak selesa, paksa macam mana pun... saya tak akan share," ujarnya.
Untuk perkembangan terbaharu, Syafiq kini tampil dengan drama berjudul Suara Hati yang ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.
Selain Syafiq, drama yang mempunyai 13 episod sahaja itu turut dibintangi oleh Hanna Aqeela dan Aidil Aziz. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca "batal" kawin.
Laju2 buka, dah asal baru get back nak batal plak. |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah mimi lana dh dpt preview |
|
|
|
|
|
|
|
baru 29 ke syafiq ni.aku rasa mcm dh lama dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 time ambik gamba masa kenduri, bila cameraman kata, “fiq, belakang sikit..” trigger tak apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa jd jgk ke dgn mimi lana?ai suspicious la sejak2 ada "fiq belakang sikit" ni
Dah la minah tu prmpuan jadian.capik boleh bg video
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe teringat blog zaman bbnu mimilan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semuanya dipermudahkan..tahniah utk Syafiq Kyle n Mimi Lana. |
|
|
|
|
|
|
|
ala capik nak kawen dah ye. ok la semoga berbahgia capik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la.. Sedar2 je sah! Uqamal je degar2 tp belum jadi lagi. Sowie peminat couple ni. |
|
|
|
|
|
|
|
fikir masak2 lah yer sebelum nak berkahwin tu... dah la mimi tu tinggi...
dah bersedia ke nak merasa putik jagung yang satu tangga atas pada aliff aziz dan budak tadika?
takpe lepas pkp ni boleh slow2 pergi mengurut dengan sohai dekat bumi kelantan yang mendatar as preparation nak kahwin nanti...
moga berbahagia gittew aminnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Xpe. Pasni xyah blkg sikit dah.
Boleh kedepan sikit pulak |
|
|
|
|
|
|
|
syafiq ni dah xnmpak sgt berlakonnya
tertgk citer baru suara hati tu baru nmpak.dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni hensem kalau ada misai n rambut okay |
|
|
|
|
|
|
|
Hodoh betul syafiqkyle ni, xpadan dgn mimilana. |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey replied at 23-7-2021 03:49 PM
Alaaa jd jgk ke dgn mimi lana?ai suspicious la sejak2 ada "fiq belakang sikit" ni
Dah la minah tu pr ...
Hah minah ni pondan ke |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 23-6-2022 07:06 AM
Hah minah ni pondan ke
Yg catfish tu pondan. Bukan mimilana pondan |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 23-7-2021 02:34 PM
Agak2 time ambik gamba masa kenduri, bila cameraman kata, “fiq, belakang sikit..” trigger tak apa2 ...
Hahahaha mesti dia terus teringat |
|
|
|
|
|
|
| |
|