View: 2186|Reply: 15
|
[Tempatan]
Tukar ikan dengan sayur bantu penduduk
[Copy link]
|
|
Tukar ikan dengan sayur bantu penduduk
https://www.utusan.com.my/covid- ... yur-bantu-penduduk/
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
23 Julai 2021, 12:16 pm
SUKARELAWAN membungkus sayur yang tiba dari Cameron Highlands untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar Lumut baru-baru ini.
IPOH: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut menggunakan kaedah barter trade atau pertukaran barang bagi membantu penduduk dengan cara menukar ikan di Pulau Pangkor dengan sayur pekebun di Cameron Highlands baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, menerusi cara itu, pusat khidmat berkenaan menghantar 200 kilogram pelbagai jenis ikan kepada para pekebun sayur di Cameron Highlands.
Menurutnya, sebagai pertukaran, mereka membawa pulang 2,000 kilogram sayur daripada pekebun di tanah tinggi itu yang kemudiannya diagihkan kepada penduduk terutama nelayan dan pekebun di kawasan Parlimen Lumut.
“Idea tukar barang ini dilaksanakan sejak tahun lalu selepas melihat Pangkor kaya dengan sumber ikan.
“Cara ini relevan ketika kuasa beli pengguna mula menyusut ekoran pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dua tahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurutnya, kaedah barter trade mendapat reaksi positif daripada pekebun sayur di Cameron Highlands apatah lagi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan barang keperluan harian terhad di kawasan tanah tinggi itu.
Katanya, selain sayur, ikan juga ditukarkan dengan strawberi.
“Pekebun sayur di Cameron Highlands jelas gembira dengan cara ini kerana mereka sememangnya mahukan ikan, apatah lagi ketika PKP bekalan ikan terhad di tanah tinggi itu. Dengan cara ini, kami tidak perlu mengeluarkan kos, cuma hanya kos pengangkutan,” katanya.
Mohd. Ikhmal berkata, program itu merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut, Dr. Hatta Ramli dan pekebun sayur di Cameron Highlands.- UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jgk idea ni..takde la kes buang sayur tak laku dlm tong sampah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus.. Jom kitastart barter sistem. Tinggalkan duit kertas riba ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn pelik lepas ni kt cameron ada jual ikan bilis mata biru turquise dan ikan bakar lan todak |
|
|
|
|
|
|
|
Semarakkan sistem barter. |
|
|
|
|
|
|
|
Idea yang bagus elok diperluaskan ke kawasan lain juga |
|
|
|
|
|
|
|
hmm bagus idea ni. elakkan bazir |
|
|
|
|
|
|
|
Brilliant idea! Baguslah ada inisiatif. Idokla membazir terbuang semua hasil bumi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa: Idea yang bagus elok diperluaskan ke kawasan lain juga
kalau i ada durian nak tukar dgn apa?
durian kira kg kan{:run |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat aku banyak ikan tapi sayur ada gak tapi sayur kampung jelah |
|
|
|
|
|
|
|
khennn kaka cili... lepasni tiada lagi ikan bilis rm9.90 sekilo siap kupas dari ganu atau kelantan...
semua premium dari cameron highland gitteww di shopee
tanya seller yang jual dekat shopee dapat dari mana... dia kata dia bela ikan bilis tu dalam air terjun kuala woh.. almaklumlah orang takleh mandi jadi dia ternak dekat situ dulu untuk tidak mengsia2 kan ekosistem camera highland...
|
|
|
|
|
|
|
|
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Konsep yg baik utk dipraktikkan kat kwsn2 lain gak. |
|
|
|
|
|
|
|
..di sini laa peranan orka.. baik betuk dema nii.. solute |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan.
Sistem yg baguih dan menguntungkan kedua2 belah pihak |
|
|
|
|
|
|
| |
|