CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 764|Reply: 1

Olimpik: Semua pemain badminton berpeluang menang emas

[Copy link]
Post time 25-7-2021 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Olimpik: Semua pemain badminton berpeluang menang emas

TOKYO - Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak akan memandang rendah terhadap mana-mana lawan yang akan beliau hadapi di Olimpik Tokyo.

Zii Jia pemain pilihan kesembilan Olimpik berpandangan bahawa, setiap pemain mempunyai peluang dan keupayaan untuk memenangi pingat emas dalam acara badminton bagi acara yang bermula di Musashino Forest Sport Plaza pada Sabtu.

“Setiap pemain mempunyai peluang yang sama untuk menang di Olimpik Tokyo,” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sabtu.

Sementara itu, juara All England 2021 itu berkata, beliau hanya mahu menikmati penyertaan kali pertamanya di Olimpik di sini walaupun akan bermain tanpa kehadiran penonton.

Menggambarkan suasana tanpa penonton sebagai sukar, pemain berusia 23 tahun itu berkata, setiap pemain perlu melalui laluan yang sama dan perlu mengadaptasi kepada norma baharu ini.

Tumpuan tentunya akan diberikan terhadap Zii Jia, apabila pemain berasal dari Kedah itu disebut-sebut sebagai calon untuk memenangi pingat di Tokyo selepas kejayaannya di All England 2021 mengalahkan pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 pada perlawanan akhir di Birmingham, Mac lepas.

Pemain nombor lapan dunia itu perseorangan lelaki itu akan memulakan cabarannya di Olimpik Tokyo esok (Ahad) dengan bertemu Artem Pochtarov dari Ukraine pada perlawanan Kumpulan M. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... peluang-menang-emas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2021 08:25 AM | Show all posts

Zii Jia - Foto BAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.038342 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list