Disuruh buat kerja rumah, kanak-kanak buat laporan polis Oleh Adlinahani Binti Khalil
25 Julai 2021, 12:04 pm
BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa bapanya melakukan ‘kegiatan buruh paksa kanak-kanak’ selepas dia disuruh melakukan kerja rumah.
Insiden itu berlaku di Ma’anshan di wilayah Anhui selepas bapa kanak-kanak itu ‘berasa rimas’ kerana anaknya asyik bermain telefon pintar sehingga malas membuat kerja rumah dan kerja sekolah.
Sehubungan itu, dia mengambil telefon anaknya dan memaksa kanak-kanak lelaki itu melakukan kerja rumah.
Berang dengan tindakan bapanya, kanak-kanak itu pergi ke balai polis dan membuat laporan terhadap bapanya.
Polis yang terkejut dengan laporan tersebut kemudiannya membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya dan keadaan selesai selepas ibu bapanya memberi keterangan.
Di bawah undang-undang China, menyuruh kanak-kanak melakukan kerja rumah termasuk mengemas tidak dianggap sebagai melakukan buruh paksa.
Sementara itu, anggota polis berkenaan ‘menyokong’ tindakan ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut dan menasihatkannya supaya mendengar cakap dan jangan menjadi budak degil.
Post time 25-7-2021 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Budak2 sekarang ni memang banyak cekadak. Dah pandai cakap pasal human rights bagai. Anak meols yg remaja pun sama lah. Dah tak relevan nak didik anak sama macam zaman kita dididk dulu. Apa yg meols buat, cukupkan keperluan aje, apa kemahuan dia nak, usaha sendiri please.
Post time 25-7-2021 01:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ilacantik replied at 25-7-2021 01:42 PM
Budak2 sekarang ni memang banyak cekadak. Dah pandai cakap pasal human rights bagai. Anak meols yg r ...
Kan. Aku selalu la bebel kat anak ko nak jadi apa kalau semua mami papa yg sediakan ko takda usaha nak majukan diri. Baca buku buat kerja rumah pon ngelat. Adehhh. Selalu terkenang2 zaman kanak dulu. No gajet. Esok nanti mami papa takda sapa nak tanggung korang lagi bagi makan. Orang lain tak hingin layan la kalau bukan anak sendiri.
Post time 25-7-2021 02:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kat china banyak budak degil ke? haritu parents damparkan budak ke pulau sebab tak dengar cakap. harini budak report polis pulak sebab kena buat kerja kerja rumah.
Post time 25-7-2021 10:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku cakap kat anak- anak aku, kalau tak nak buat kerja rumah mcm cuci toilet, basuh pinggan sendiri, kemas tilam, buat kerja sekolah, sila la pindah ke hutan, nak makan boleh cabut daun kayu, nak ikan tangkap kat sungai, kalau malas belajar tak nak buat homework, biar mama belikan kambing lembu sepasang sorang, boleh biak jadi ladang buat kedai makan, kaya. Baru le depa buat