CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10520|Reply: 72

'Ingatkan Dia Main-main, Sekali Datang Ambil Nasi Ganja Dengan Cara Paling Mewah

[Copy link]
Post time 25-7-2021 04:09 PM | Show all posts |Read mode
"Ketika menerima tempahan sehari sebelum insiden itu, saya gelak sahaja kerana fikir mereka main-main (bergurau) bahkan sewaktu menghantar pesanan, perasaan masih bercampur-baur kerana bimbangkan pesanan tidak akan diambil," kata Mohd Nihmathullah Syed Mustaffah.


Mohd Nihmathullah, 57, adalah pemilik restoran nasi kandar dikenali 'nasi ganja' terkemuka di Ipoh terletak di Jalan Yang Kalsom, dekat sini yang menerima pesanan 36 bungkus nasi ganja yang diambil dengan helikopter di Padang Ipoh, di sini, Jumaat lalu.




Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil 36 bungkus nasi ganja. FOTO Ihsan Pembaca.




Katanya, dia menerima tempahan pada 3 petang Khamis, dan ketika itu dia sudah dimaklumkan pesanan akan diambil menggunakan helikopter antara jam 9.45 hingga 10 pagi keesokannya.


"Ketika itu saya gelak sahaja. Malah, saya sempat memberi amaran supaya tidak main-main. Bagaimanapun, nada suaranya serius mahukan pesanan itu.


"Dia juga mengulangi ayat bahawa pesanan akan diambil menggunakan helikopter dan menyuruh saya menunggu ketibaannya di Padang Ipoh, di sini, jam 10 pagi keesokannya.


"Saya fikir mungkin dia akan menaiki kereta. Bimbang juga kalau pelanggan itu tidak muncul memandangkan tempahan dibuat tanpa bayaran pendahuluan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Bagaimanapun, katanya, jumlah 36 bungkus masih kecil dan dia masih boleh menjualnya jika pelanggan berkenaan tidak mengambilnya.


"Ketika dalam perjalanan ke lokasi fikiran saya masih 50-50. Saya hanya fikir jika pesanan itu tidak diambil dalam masa 10 minit saya akan jual kepada orang lain," katanya.


Mohd Nihmathullah berkata, biarpun terkejut apabila perkara yang disangkanya gurauan itu menjadi kenyataan, dia dan menantunya yang menghantar pesanan berlagak seperti biasa.


"Tiada apa yang bermain di fikiran saya ketika itu termasuk mengetahui siapa yang menempah pesanan kerana tanggungjawab saya adalah mengambil dan menghantar pesanan pelanggan," katanya.


Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah mengambil keterangannya berhubung insiden itu pada malam hari sama.


Menurutnya, biarpun insiden itu dilihat sebagai pengalaman pertamanya tempahan diambil menggunakan cara 'paling mewah', namun ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan kerana terpaksa menjawab pertanyaan pelbagai pihak.


"Tak larat nak menjawab pertanyaan semua orang termasuk wartawan, rakan-rakan dan sebagainya sedangkan saya tak tahu pun siapa individu di sebalik helikopter itu.


"Jika dimaklumkan dengan jelas pesanan akan diambil dengan helikopter, saya boleh hantar terus ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), dan bukannya di Padang Ipoh.


"Selepas insiden itu, memang kami menerima tambahan tempahan. Jika sebelum ini kami mendapat 500 bungkus sehari, namun kini mencecah 650 bungkus sehari.


"Namun, biasanya hanya sehari dua selepas sesuatu 'insiden besar' keadaan ini (tambahan tempahan) kemudian akan kembali normal," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ada kebenaran rentas dr selangor ke perak ke? yg pasti tkde kebenaran landing kt padang tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Makna nya dia tak langgar SOP MKN..cuma langgar SOP Aviation
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ns gnja from ipoh..mayb kedai sama la kot..
sdp sgt ke ns gnja? nmpak mcm ns kandar..ns kandar pun i xpnh try lg
nnti kita try
tp i tacod bnyi nama ganja tu..dlu masa kat uni..ada jgk nama ns ketagih la..ns gnja la..i xpnh beli i tacod ada dadah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape tindakan selanjutnye....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz: gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ns gnja from ipoh..mayb kedai sama la kot..sdp sg ...


Lain orang lain slerenya kan. To me biasa je kari dia pun tak cukup ummph.. pastu dia ada macam sambal kelapa makan dengan timun rasa pun biasa je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-7-2021 05:14 PM
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ...

Klu nasi kandaq slalu la mkn wlopon x brpa minat.. tp area kl selangor x jumpak lg yg kena tekak aku.. klu blk penang, aku suka nasi kandaq line clear.. sedap n murah jgk.. line clear tempat lain bkn branch penang punya.. aku tanya sendiri kt tokey dia.. ngeh ngeh..
Cobid dh clear.. bole la try.. parking pon senang
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 25-7-2021 05:07 PM
ada kebenaran rentas dr selangor ke perak ke? yg pasti tkde kebenaran landing kt padang tu

Tak ada SJR dekat udara kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
memang sedap ke nasi ganja ni? iols tak pernah makan nasi kandar ganja apa ni semua. hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedap lgsg
Mesti tastebud murahan ni
Orang luar je selalu peghak dapat makan sini sampai sanggup q 500m
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz: gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ns gnja from ipoh..mayb kedai sama la kot..sdp sg ...

Mmg frmes pun nasi ganja tuhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 25-7-2021 06:01 PM
Lain orang lain slerenya kan. To me biasa je kari dia pun tak cukup ummph.. pastu dia ada macam  ...

I suka kari kepala ikan, dgn kepala ikannya sekali...  kedai mamak kat area ai mmg pandai buat benda tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:17 PM | Show all posts
Edited by Potpouri at 25-7-2021 07:19 PM

Sedap je..ikut tekak masing2 lah.. My friend org ipoh pun makan je kat situ. So yang kta org situ tak makan tak betul lah. Aku dulu pun try sebab tengok kawan tu makan dengan family dia.

Yang femes sebenarnya Nasi Ganja Yong suan but restoran cina, cina yang sediakan air mamak tu sediakan makanan nasi kandar. Aku suka cream caramel dia..sedap sgt.

Yang ni maybe yg outlet lagi satu, katanya takda kena mengena dengan resto nasi ganja yong suan tu. Kat sini selalunya tak perlu beratur panjang.. kalau yongsuan dh abis, ku makan kat sini. Banyak kali jugalah bila dtg ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat ipoh... Org lebih suka makan kat salim.. Kari kepala ikan dia.. Melekat kari kat tangan..iols penah terserempak dengan Michelle yeoh dan ex hubby dia french tu makan kat sana.. Dia kan ipoh mali..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dollyzzzz replied at 25-7-2021 07:49 PM
Kalau kat ipoh... Org lebih suka makan kat salim.. Kari kepala ikan dia.. Melekat kari kat tangan..i ...

Michelle yeoh dah cerai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-7-2021 05:14 PM
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ...

Nasi ganja ni satu je kat ipoh. Dan mmg sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kebulur mkn nasi mamak buat malu je
mamak xde pulak sibuk nk mkn nasi melayu
melayu ni mmg suka kaya kan bangsa pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-7-2021 05:14 PM
gitu kisahnya..mmg femes ke ns ganja kt ipoh tu? aritu tgk live kayangan jgk..katanya laki she order ...

Aku makan rasa biasa je.. tak tau la sebab aku makan tu dah sejuk, adik ipar aku tapau bawak balik. So nasi tu dah bercampur dgn segala lauk dan kuah, tak lalu pulak nak makan. Aku just rasa sikit, biasa2 je rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
3480 replied at 25-7-2021 06:20 PM
Klu nasi kandaq slalu la mkn wlopon x brpa minat.. tp area kl selangor x jumpak lg yg kena tekak a ...

tgu hbs kobid nk g penang cri ns kandaq..sbb slgr ni i rasa xsdp sgt kot
line clear yg kt negeri lain tu bkn owner sama penang rupanya..sbb tgk ada bkk kt sskjp.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
virgo19 replied at 25-7-2021 08:40 PM
Aku makan rasa biasa je.. tak tau la sebab aku makan tu dah sejuk, adik ipar aku tapau bawak balik ...

i tgk live geng kayangan tnjk mkn ns ganja tu..laki she ckp kalau yg bercampur kuah lama..terperap lg sdp..i xtau word apa korg guna..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.169252 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list