CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3689|Reply: 25

[Tempatan] Bayi ditemui di celah pelepah pokok kelapa sawit

[Copy link]
Post time 26-7-2021 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Bayi ditemui di celah pelepah pokok kelapa sawit

SEMPORNA - Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui di celah pelepah pokok kelapa sawit dalam kawasan kebun di Kampung Lahat Lahat, Jalan Tanjung Kapor pada Ahad.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu penemuan bayi terbabit.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan awal.

"Sebaik tiba, terdapat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala yang diletakkan di celah pelepah sawit.

"Bayi tersebut kelihatan cukup sifat dipercayai baru dilahirkan kurang dari 24 jam sebelum ditemui seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi itu sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan.

"Bayi seberat 2.85 kilogram itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Semporna untuk pemantauan rapi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -pokok-kelapa-sawit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2021 07:46 AM | Show all posts

Bayi lelaki yang ditemui di celah pelepah pokok kelapa sawit di Kampung Lahat-Lahat Jalan Tanjung Kapor, Semporna pada Ahad.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya lahai. Apa jenis manusia la ni. Kalau tak nak bagi la kat org.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:57 AM | Show all posts
tinggal dalam semak camtu je.....macam2 binatang ada situ....adoii manusia
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:05 AM | Show all posts
Kejamnya hati mak bapak kau nak.. kalau dibahamnye ular/babi.. mohon balasan untuk sipelaku dibayar cash
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:31 AM | Show all posts
nononcrux replied at 26-7-2021 09:05 AM
Kejamnya hati mak bapak kau nak.. kalau dibahamnye ular/babi.. mohon balasan untuk sipelaku dibayar  ...

aku terpikir sama gak.


dahlah buat sial buang bayi.

tinggal pulak atas pelepah sawit. ular rata2 kot, belum tikus, lipan bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ladang kepala sawit???? tempat penuh serangga haiwan hutan segala
betul nak boonuh motip nya ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah mandulkan Mak & Bapak budak ni.. dan semoga anak ni dapat family baru yg boleh jaga dia sebaiknya. Kejamnyaaa sanggup buat anak macam tu. Memang niat nak bg rimau makan ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak bunuh takda keberanian


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:44 AM | Show all posts
Kesiannya..kdg aku mintak baby mcm ni mati jelah.
Bukan senang utk dia nak teruskan hidup
Masa remaja dia akan start tertanya tanya siapa dia.
Dari remaja ke dewasa akan banyak konflik dlm diri.
Tu belum lagi esok lusa dia nak kawin..bakal family nak tau pasal keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 26-7-2021 10:44 AM
Kesiannya..kdg aku mintak baby mcm ni mati jelah.
Bukan senang utk dia nak teruskan hidup
Masa rem ...

Betul tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:06 PM | Show all posts
Meiizu replied at 26-7-2021 10:44 AM
Kesiannya..kdg aku mintak baby mcm ni mati jelah.
Bukan senang utk dia nak teruskan hidup
Masa rem ...

mudah-mudahan kan yang hidup ni dapat kehidupan yang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dulu kalau bapak akak marah akak dia ckp dia jumpa akak kat pangkal pokok pisang...

Alhamdulillah baby ni masih hidup...moga mak pak beliau dihukum...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... Semoga dipermudahkan kehidupan bayi ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:12 PM | Show all posts
Kes sama terus berulang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:21 PM | Show all posts
Kesiannya bayi yg tak bersalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-7-2021 12:30 PM
Kecik2 dulu kalau bapak akak marah akak dia ckp dia jumpa akak kat pangkal pokok pisang...

Alhamd ...

Ehh kenapa mak ayah kak noor ckp mcm tu? Untuk takutkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:38 PM | Show all posts
bayi ini pastinya kacukan Nepal + Indon
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:42 PM | Show all posts
Meiizu replied at 26-7-2021 10:44 AM
Kesiannya..kdg aku mintak baby mcm ni mati jelah.
Bukan senang utk dia nak teruskan hidup
Masa rem ...

betul..aku pun pikir camtu

baby yg dijumpai tanpa dokumen mcm ni..status BUKAN warganegara nnt dlm surat beranak..kesian
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:45 PM | Show all posts
rmin replied at 26-7-2021 04:42 PM
betul..aku pun pikir camtu

baby yg dijumpai tanpa dokumen mcm ni..status BUKAN warganegara nnt  ...

Aduhaiii betambah lagi beban dia.
Entah2 anak melayu kita jugak

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060092 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list