View: 10472|Reply: 58
|
Orang Indonesia jatuh hati dengan Amyra Rosli
[Copy link]
|
|
Orang Indonesia jatuh hati dengan Amyra Rosli
- Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
- 23 Julai 2021, 2:33 pm
AMYRA berkongsi respons peminat Indonesia tentang lakonannya menerusi drama Nur.
PETALING JAYA – Pelakon Amyra Rosli gembira dan tidak menyangka dia kini mempunyai peminat dalam kalangan penonton dari Indonesia impak daripada lakonannya dalam drama bersiri Nur
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Amyra berkongsi poster drama Nur selepas namanya ‘ditag’ penonton dari Indonesia berserta mesej daripada peminatnya di sana.
Amyra ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, sebenarnya terkejut selepas menerima terlalu banyak kiriman mesej (DM) dalam Instagram daripada penonton di negara seberang itu yang ‘jatuh hati’ dengan lakonannya menerusi drama Nur.
“Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak tahu langsung tentang drama Nur yang ditayangkan di sana. Sebab setahu saya Nur pernah ditayangkan sebelum ini di stesen televisyen di MNCTV, Indonesia, pada April lalu namun cuma satu episode sahaja sebelum tayangan ditarik semula kerana kurang mendapat sambutan.
“Jadi saya terkejut apabila menerima banyak kiriman mesej daripada penonton Indonesia yang menggemari lakonan saya dalam drama Nur,” katanya.
Kata Amyra lagi, sudah tentu dia berasa sungguh gembira dan tidak menyangka dia kini sudah mempunyai peminat tersendiri dari Indonesia.
“Memang saya menerima terlalu banyak mesej daripada mereka (penonton Indonesia) dan saya berkesempatan juga membalas mesej tersebut dengan mengucatkan terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, Amyra juga berkata memang ada dalam kalangan penonton di sana memberitahu bahawa wajahnya mirip seperti aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani.
“Ya memang ramai juga yang kata wajah saya mirip seperti aktres Nia Ramadhani,” katanya kepada Kosmo!
Menerusi hantaran yang dikongsikan, rata-rata penonton dari Indonesia berkata drama Nur merupakan program televisyen pertama Malaysia yang ditonton mereka.
“Kali pertama menonton drama dari Malaysia dan baru sahaja menonton drama Nur sehingga habis. Sangat dicadangkan untuk menonton drama ini,” ujar salah seorang penonton dari Indonesia.
“Seharian ‘maraton’ daripada episode satu hingga 19. Sebuah drama yang menyentuh perasaan sehingga membuatkan saya menangis,” komen seorang lagi penonton.
“Saya beri markah sembilan daripada 10. Tidak sabar menunggu siri kedua Nur,” kata penonton Indonesia.
Drama Nur arahan pengarah Shahrulezad sebelum ini pernah mencipta fenomena di Malaysia selepas meraih sehingga 10 juta tontonan semasa ditayangkan pada Mei 2018.
Drama berkisarkan dilema cinta dua insan dengan latar belakang yang berbeza apabila ustaz muda, Adam lakonan Syafiq Kyle terpikat dengan pelacur bernama Nur (Amyra Rosli) yang digelar ‘gadis lorong’ dan tidak mendapat didikan agama sempurna. Cinta Adam dan Nur mendapat tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat. -K! ONLINE
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tp amyra ni mcm xpilih job.. Byk drama dia xbest. Nur la yg nmpk class sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
indon reti ke tengok drama? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu okay la nak associate dgn nia tu..sekarang huhu je |
|
|
|
|
|
|
|
orang indonesia tu tengok dekat mana kalau 1st episod pun dah kena tarik?
indonesia tu populasi 300 juta lebih dek cencaru oiii... dah la deorang pun ramai dekat sini... memang la ada akan tegur menegur dekat ig tu... siap ada yang tegur janda, isteri orang, pompuan bujang dan andartu pun ada dekat fb atau ig tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 24-7-2021 07:52 PM
orang indonesia tu tengok dekat mana kalau 1st episod pun dah kena tarik?
indonesia tu populasi 3 ...
Hahaha khenzsssss. Perasan |
|
|
|
|
|
|
|
wtvmjls replied at 24-7-2021 08:33 PM
dulu okay la nak associate dgn nia tu..sekarang huhu je
Kan. Iras nia. Tp xyah dah la iras nia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Indonesia Mula Jatuh Cinta Dengan Amyra Rosli
Pelakon Amyra Rosli gembira dan tidak menyangka dia kini mempunyai peminat dalam kalangan penonton dari Indonesia impak daripada lakonannya dalam drama bersiri Nur.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Amyra berkongsi poster drama Nur selepas namanya ‘ditag’ penonton dari Indonesia berserta mesej daripada peminatnya di sana.
Foto: IG
Amyra ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, sebenarnya terkejut selepas menerima terlalu banyak kiriman mesej (DM) dalam Instagram daripada penonton di negara seberang itu yang ‘jatuh hati’ dengan lakonannya menerusi drama Nur.
“Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak tahu langsung tentang drama Nur yang ditayangkan di sana. Sebab setahu saya Nur pernah ditayangkan sebelum ini di stesen televisyen di MNCTV, Indonesia, pada April lalu namun cuma satu episode sahaja sebelum tayangan ditarik semula kerana kurang mendapat sambutan.
“Jadi saya terkejut apabila menerima banyak kiriman mesej daripada penonton Indonesia yang menggemari lakonan saya dalam drama Nur,” katanya.
Kata Amyra lagi, sudah tentu dia berasa sungguh gembira dan tidak menyangka dia kini sudah mempunyai peminat tersendiri dari Indonesia.
“Memang saya menerima terlalu banyak mesej daripada mereka (penonton Indonesia) dan saya berkesempatan juga membalas mesej tersebut dengan mengucatkan terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, Amyra juga berkata memang ada dalam kalangan penonton di sana memberitahu bahawa wajahnya mirip seperti aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani.
“Ya memang ramai juga yang kata wajah saya mirip seperti aktres Nia Ramadhani,” katanya kepada Kosmo!
Menerusi hantaran yang dikongsikan, rata-rata penonton dari Indonesia berkata drama Nur merupakan program televisyen pertama Malaysia yang ditonton mereka.
“Kali pertama menonton drama dari Malaysia dan baru sahaja menonton drama Nur sehingga habis. Sangat dicadangkan untuk menonton drama ini,” ujar salah seorang penonton dari Indonesia.
“Seharian ‘maraton’ daripada episode satu hingga 19. Sebuah drama yang menyentuh perasaan sehingga membuatkan saya menangis,” komen seorang lagi penonton.
“Saya beri markah sembilan daripada 10. Tidak sabar menunggu siri kedua Nur,” kata penonton Indonesia.
Drama Nur arahan pengarah Shahrulezad sebelum ini pernah mencipta fenomena di Malaysia selepas meraih sehingga 10 juta tontonan semasa ditayangkan pada Mei 2018.
Drama berkisarkan dilema cinta dua insan dengan latar belakang yang berbeza apabila ustaz muda, Adam lakonan Syafiq Kyle terpikat dengan pelacur bernama Nur (Amyra Rosli) yang digelar ‘gadis lorong’ dan tidak mendapat didikan agama sempurna. Cinta Adam dan Nur mendapat tentangan hebat dari keluarga dan masyarakat. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak follow ig budakijat ke? Budakijat kn bilang show balik kt indon |
|
|
|
|
|
|
|
dari mana deme nengok? youtube? tonton? |
|
|
|
|
|
|
|
mira mmg cantik, nampk lembut dan sopan. |
|
|
|
|
|
|
|
Iras2 raline shah pon ade.....cantek |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la indon berlagak sgt. Best drama Nur ni. I yg anti drama melayu pon layan. Lain kali jgn judge based on 1 episode je. Tp dia ni masa skrg dah kurang cantik sbb bertudung n kurus sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg cantik n muka heroin… cuma dh kawen x best la jd heroin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nih masa free hair mmg cantik sgt kat mata aku
Bila dah bertudung biasa2 je aku tgk rupa dia
|
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 11:45 AM
dari mana deme nengok? youtube? tonton?
Netflix kut |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 11:45 AM
dari mana deme nengok? youtube? tonton?
Ada kat Netflix kan, maybe tgk kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni cari drama isteri tuan ikhsan dekat yt or vod. takde pulak. baru nk bagi opah i layan drama tu |
|
|
|
|
|
|
|
amyra mmg lawa kalo free hair
and dia penah jmpe Nia Ramadhani ms sheols vacay ke london dulu
Terjmpe Nia kat sana juga and bergambo
tp nia x upload pun gambo tu
amyra yg upload
tp mmg dua2 mcm kembar
tp kalo tgk Nia dan kakak dia, x sama lgsg walau sedarah
tp siblings tiri Nia lak sume muka2 tempe je (ayah dia kawen dua)
Nia ni lawa sbb nenek dia org belanda.org indon bilang, darah bule (kokesen)
tp amyra lak takde mixed apa2 pun mcm coco lotss of mixxxx...tp tetap lawa
tp siblings amyra lak biasa2 je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|