CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 6

Covid-19 ‘Menggila’ Tapi Kedai Kecil, Restoran Tepi Jalan Dan Sesetengah Mall Di

[Copy link]
Post time 27-7-2021 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Kedai kecil, restoran tepi jalan dan sebilangan  pusat beli-belah dibuka semula di Indonesia  hari ini selepas pemerintah melonggarkan sekatan di sebalik amaran bahawa langkah  tersebut akan mengundang gelombang baharu Covid-19.


Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata, perintah berkurung  yang dilaksanakan awal bulan ini akan dilanjutkan  hingga 2 Ogos ini  walaupun varian Delta yang sangat mudah berjangkit  terus menular di negara kepulauan itu.


Indonesia kini mengatasi India dan Brazil untuk menjadi pusat pandemik global.Namun,   sekatan terhadap banyak perniagaan kecil termasuk pasar tradisional dan warung dilonggarkan sekalipun di kawasan paling teruk dilanda wabak Covid-19.




Kredit foto: AFP





“Pelanggan boleh kembali makan di premis kami. Saya harap Jakarta pulih dengan cepat kerana ini adalah tempat kami mencari nafkah,” kata  seorang pemilik restoran makanan laut  dikenali sebagai Syaifurrohman.


Pusat beli-belah dan masjid di kawasan kurang terjejas di Indonesia juga mendapat lampu hijau untuk membuka pintu kepada orang ramai tetapi pada waktu lebih singkat.


Pejabat-pejabat  pula masih dalam perintah penutupan  walaupun terdapat laporan mengenai majikan yang melanggar peraturan tersebut.


Berpuluh-puluh  juta orang hidup ibarat kais pagi makan pagi di negara yang mempunyai sekitar  270 juta penduduk itu, menyebabkan perintah berkurung secara ketat adalah  mustahil untuk dilaksanakan.


Bagaimanapun, pentadbiran Jokowi dikritik secara meluas berhubung cara ia menangani pandemik  dan polisi yang  mengutamakan ekonomi berbanding kesihatan rakyat.


Pengumuman pemerintah semalam dibuat beberapa hari selepas Indonesia menyaksikan jumlah kematian dalam tempoh 24 jam mencecah 1,566 orang dan ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia meminta Jakarta melaksanakan sekatan lebih ketat.


Indonesia merekodkan lebih 3.1 juta kes Covid-19 dan 83,000 kematian sejak pandemik bermula tetapi angka  rasmi tersebut dipercayai jauh lebih kecil susulan  ujian saringan dan kadar pengesanan kontak yang rendah. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan kat sini {:spec
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 04:10 PM | Show all posts
wakakkakaka...ayat last

dah takkk swab test...ofcosss la kes berkurenggg....hakikatnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 04:15 PM | Show all posts
Tak kerja tak ada gaji tak ada makanan mati juga akhirnya.  Mereka dah tak ada pilihan kalau terus menerus tutup siapa nak tanggung belanja hidup mereka tu nanti lagi tambah masaalah.  Jenayah pun akan makin meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaksa hidup dalam kobid. kalau tak, mana nak datang income. lebih kurang sini jahh
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:58 PM | Show all posts
kesian jugak, kalau diorang tak meniaga, macam mana nak hidup. Iols harap semua dipermudahkan, tu je mampu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Palui {:dot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.457270 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list