Pelakon Redza Minhat meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang menolak vaksin ketika pandemik memuncak.
Dia turut menganggap antivaksin sebagai toksik dan sia-sia melayan golongan ini kerana sudah hampir dua tahun negara berdepan pandemik, pelbagai maklumat disalurkan kepada orang ramai.
Kredit foto: IG Redza
"Golongan yang patut korang block secara berjemaah ketika pandemik sedang memuncak ialah antivaksin.
"Tidak perlu fikir dua kali, kumpulkan mereka dan pulaukan! Sudah hampir dua tahun maklumat mengenai vaksin ada di merata-rata tempat.
"Jangan buang masa dengan melayan mereka," tulisnya di Twitter.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila golongan antivaksin mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
"Yang paling teruk, ada anti vaksin mengambil peluang mengaut keuntungangan menjual produk tidak berguna yang hanya akan dibeli oleh monyet! Jadi, block!
"Apa masalah korang semua? Dah nak masuk dia tahun pun tak boleh nak masukkan benda ni dalam kepala?" katanya.
Selain itu, Redza menyelar individu yang mendakwa vaksin kurang efektif berbanding produk kesihatan yang dijual.
wah hebatnya redza minhat... dah lah setia dan tak suka poligami
lepastu pandai guna butang block pulak tu... kebanyakan artis2 di luar sana bodoh sikit tak reti block2 ni lepastu merempan bila kena hantar gambar lesung batu dan sambal belacan..