Bos lumba basikal Jerman mohon maaf kerana kenyataan perkauman
Tokyo: Pengarah sukan pasukan lumba basikal Jerman memohon maaf kerana kenyataan berbaur perkauman ketika ujian masa lelaki di Olimpik Tokyo, hari ini. Patrick Moster berkata dia kesal dengan tindakannya ketika perlumbaan yang disiarkan secara langsung di televisyen. "Saya benar-benar memohon maaf, saya perlu minta maaf.. ia sepatutnya tidak berlaku," kata Moster. Jawatankuasa Olimpik Jeram dan Persekutuan Berbasikal mengutuk tindakan itu, yang dilakukan kepada pelumba Nikias Arndt ketika bersaing dengan dua pencabarnya dari Algeria dan Eritrea. "Saya rasa kecewa dan saya ingin mengatakan dengan jelas bahawa saya tidak ada kaitan dengan perkara ini, kata-kata yang digunakan sangat tidak dapat diterima," kata Arndt di Twitter. sumber : HMetro
|