Tokyo: Pengarah Sukan pasukan lumba basikal Jerman akan dihantar pulang dari Olimpik Tokyo selepas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai pelumba dari Afrika ketika acara ujian masa lelaki kata pasukan itu, hari ini. Patrick Moster berkata dia sangat kesal kerana tindakannya itu, yang turut disiarkan secara langsung di televisyen ketika perlumbaan semalam. Moster menyuruh pelumba Jerman, Nikias Arndt untuk mengejar dua pesaingnya dari Algeria dan Eritrea. "Kami sangat yakin bahawa dia memohon maaf secara rasmi dengan ikhlas hati kerana kenyataan berbaur perkauman itu. Bagaimanapun Mr Moster bertindak melampau batas dan mencacatkan nilai Olimpik. Fair play, hormat dan tolak ansur tiada akan dipertimbangkan dalam Team 'D," kata Presiden Majlis Olimpik Jerman, Alfons Hoermann. Arndt enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dengan memuat naik ciapan di Twitter: "Saya berasa keliru dan saya ingin mengatakan dengan jelas bahawa saya tidak ada kaitan dengan kenyataan ini, kata-kata yang digunakan tidak boleh diterima akal." sumber : HMetro
|