View: 5611|Reply: 28
|
Puteri Sarah Menangis Jumpa Pak Cik Gelandangan Viral
[Copy link]
|
|
Pelakon Puteri Sarah tidak dapat menahan sebak sebaik saja berjumpa dengan lelaki warga emas yang menjadi mangsa sikap biadap seorang ahli perniagaan di sebuah pusat transit gelandangan di sini, seperti yang tular, semalam.
Puteri Sarah, 36, yang bertemu dengan lelaki berusia 64 tahun itu di pusat transit gelandangan itu, hari ini berkata, lelaki itu mengakui malu dengan apa yang berlaku.
Foto: IG
"Alhamdulillah, syukur saya berkesempatan jumpa pakcik ini. Pakcik ni memang sedih dan malu sangat dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan. Pakcik tu sudah 64 tahun. Bayangkan kalau ibu bapa kita kena 'sound' macam itu?
"Saya cakap, ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat Malaysia memang marah dengan tindakan lelaki itu kerana tindakannya sangat biadap," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Puteri Sarah, kekayaan dan pangkat yang ada pada diri seseorang bukan jaminan untuk berkelakuan biadab dengan orang lain.
"Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita janganlah kita kurang ajar dengan orang tua. Ingat kita bukannya selalu di atas nanti kita akan di bawah juga," katanya.
Rakaman video yang tular itu menunjukkan lelaki itu sedang mempersoalkan warga emas berkenaan adakah dia menyesal kerana tidak berusaha dan malas sewaktu muda sehingga menjadi gelandangan.
Difahamkan, individu terbabit bersama beberapa rakan ke pusat transit gelandangan itu untuk menyampaikan bantuan sebelum mengambil kesempatan menyampaikan ceramah motivasi kepada gelandangan.
Sementara itu, lelaki terbabit sudah menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui Instagram, hari ini.
Katanya, dia tidak berniat menghina sesiapa dan hanya mahu membantu golongan itu mengubah kehidupan selain tidak terfikir ada elemen kurang baik daripada rakaman video berkenaan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
#dewisayu
#Allahsayangpakcik |
|
|
|
|
|
|
|
harap dia mintak maap la kat pokcik tu.
God sent pokcik to humble you down. |
|
|
|
|
|
|
|
Amende bawak beg dior pi pusat transit gelandangan |
|
|
|
|
|
|
|
berpusu pusu lebah2 mencari debunga |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah murah rezeki pakcik lepas ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri sarah dah boleh saing2 dgn mila jirin dah bab2 isu terkini |
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 30-7-2021 11:31 AM
Puteri sarah dah boleh saing2 dgn mila jirin dah bab2 isu terkini
Retis pun nak mencapup gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
oklah tuu..berani dia keluar disaat kes macam ni dgn ada anak kecik..bagus puteri sarah..dia bawak lady dior tu maafkan beliau ..beliau takde beg charles n keith |
|
|
|
|
|
|
|
ramai pulak yg menyemak tumpang publisiti..kalau kesian..tlg diam2 sudehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Alarh nk up nama memasing
Rimas pakcik tu |
|
|
|
|
|
|
|
tgk x pict dia pi vaksin. mcm pakai hodie. nampak leher die. tp xkan die xpakai inner pulak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
ok, thread kesepuluh dah pasal carl and the pakcik and respond retis berkenaan ini.
Tp udah admin suke thread byk2 kan.
Bukak je la.
|
|
|
|
|
|
|
|
sorang lagi retis menumpang isu viral.
pantang masing2 amik peluang ye. |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik gelandangan lain yg tak viral ade jumpa tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Berdoyon doyon retis turut mencapub dgn harapan netizen menyedari kewujudan mereka di persada seni antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg ni tayah lah asik jumpa pakcik ni. Nak femes jugak ke camne. Bagi je bantuan Diam2. Rakyat msia memang dah setuju tak patut dia kene macam tu. Susah2 lah nak buat pakcik tu ulang2 perasaan dia. Biar pakcik tu bertenang tak boleh ke. Takan nak bagi pakcik tu hari hari nagis. |
|
|
|
|
|
|
|
aikkk mudahnya deyollsss ni g jumpa org??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|