View: 5849|Reply: 25
|
Berkurung Dalam Rumah, Aidil Aziz Syukur Dah Kahwin
[Copy link]
|
|
Sesuatu tabu dalam dunia hiburan sejak dahulu, mana-mana artis yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa karier merudum atau erti kata lain sudah tidak popular.
Zaman berlalu dan pemikiran masyarakat, khususnya peminat sudah terbuka dengan tidak meletakkan status perkahwinan sebagai halangan untuk kekal meminati artis kesukaan.
Bagi pelakon Aidil Aziz, graf karier sebelum dan selepas berkahwin tidak banyak memberi perubahan kepada dirinya.
Foto: IG
Sejak berkahwin dengan aktres Fasha Sandha pada 30 Mac 2019, rezekinya dalam bidang lakonan tetap sama sehingga ke hari ini, bahkan tidak berlaku sebarang limitasi terhadap tawaran watak.
“Kalau ditanya tentang tawaran selepas kahwin, alhamdulillah masih sama macam sewaktu bujang. Tiada banyak beza pun. Walaupun sudah kahwin, tapi rezeki Tuhan yang tentukan.
“Pada masa sama, tak perlu risau juga tentang kehadiran pendatang baharu yang dianggap sebagai pesaing. Mana-mana kerja pun tetap ada yang lama dan baharu. Apa yang membezakan kita hanyalah kualiti kerja,” jelasnya.
Aidil berkata demikian ketika muncul dalam sesi temu bual bersama media sempena mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Suara Hati yang menyaksikan dia bergandingan dengan Hanna Aqeela dan Syafiq Kyle.
Memegang watak Naim iaitu seorang pensyarah dan kaunselor, Aidil mengakui berdepan cabaran tersendiri.
“Membawakan watak pensyarah sebenarnya sangat mencabar. Sebab untuk dialog Naim, ada banyak bahasa saintifik yang perlu disebut dan difahami.
“Lagi satu kerjaya sebagai kaunselor pun ada juga cabarannya. Sebab kita sedia maklum kerja kaunselor banyak memberi nasihat dan tips kepada orang.
“Jadi dialog dilontarkan saya agak panjang untuk disampaikan kepada Hani (Hanna) dalam satu babak ketika dia berjumpa saya,” jelasnya.
Dua tahun berlalu, pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi cabaran tersendiri bagi semua orang untuk mendepani hari serba mencabar.
Sebagai artis, pastinya kekangan menjalankan penggambaran seperti biasa menjadi cabaran terbesar, sekali gus menjejaskan pendapatan.
Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu lebih rela tidak keluar mengambil risiko dengan bekerja kerana memikirkan ada banyak nyawa yang perlu dilindungi.
“Sampai sekarang kami anak seni tak tahu bila boleh kembali bekerja.
“Kalau bekerja sekarang, agak berisiko tinggi kerana kami ada keluarga, isteri dan anak-anak di rumah.
“Terima sahaja apa yang berlaku dengan positif, saya yakin ini bukan masanya untuk keluar bekerja.
“Saya tak nafikan pendapatan memang terjejas tetapi syukur saya masih ada pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan,” ujarnya.
Tempoh PKP yang panjang mencetuskan banyak masalah lain kepada orang ramai bukan sahaja dari segi kewangan, bahkan paling utama adalah kesihatan mental.
Bimbang dengan banyak kes kemurungan dan bunuh diri yang berlaku sejak kebelakangan ini, Aidil berkata, masa berharga diluangkan bersama insan tersayang mampu mencegah daripada banyak keburukan.
“Syukur saya sudah kahwin. Waktu-waktu begini ketika duduk di rumah, masa boleh diisi dengan anak-anak dan isteri. Jadi bolehkan alihkan perhatian daripada hanya tertekan kerana menjalani PKP.
“Aktiviti saya di rumah setiap hari, selepas Subuh sudah sibuk dengan persediaan anak-anak untuk jalani pembelajaran dalam talian. Mandikan anak kecil, sementara isteri memasak.
“Selalu juga riadah petang-petang, tonton rancangan dan solat bersama-sama. Rutin seharian kami dipenuhi dengan aktiviti, syukur,” katanya.
Aidil yang mendirikan rumah tangga bersama Fasha dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia 11 bulan. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
FS ni gen cantik dia kuat. lawa2 anak sheols |
|
|
|
|
|
|
|
awat anak ND ngan jejai makin kepam?alahai kesian plak aku tengok kat budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai repot yg tak boleh dijentik ni... Asal boleh je bukak benang. Lain la kalau artis yg takde byk job ni dah kawen lain dalam diam masa pkp, baru la boleh buat gosip... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk aidil ni takde istilah merundum kot.
pasal sebelum kawen pon job gitu je, lepas kawen pon gitu jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
cringe tgk video mereka comolotttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun bersyukur sgt dah kahwin waktu pkp ni.. ada juga la teman berborak peluk2..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rezeki boleh bersama anak2 dan pasangan. Yg bujang ni.. Haha.. Rezeki la juga bersama2 family |
|
|
|
|
|
|
|
Anak FS dengan jejai yang boy tu pun kepam, dna lombok terlebih kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Huntong dia dpt FS kan FS pun brseri seri sejak kawen.. Bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
thread ni pernah ada dah... nauzubillah min zalik...
ada banyak aktiviti yang boleh di lakukan di dalam rumah... mujur tak habiskan masa menumbuk sambal dalam selimut untuk bidadari biru ( gambar atas ye bukan sekuel filem di cairo) |
|
|
|
|
|
|
|
bahahahahahhaha..dia ni so-so je la..tapi berlakon sbenarnya best lagi2 citer Camelia tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia muda sikit dari fs rupanyeah |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki ko.alhamdulillah. till jannah ye bro. Wife ko pun makin cantik beseri. Pandai ko jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
lonely_classic replied at 30-7-2021 01:53 PM
Anak FS dengan jejai yang boy tu pun kepam, dna lombok terlebih kot
Kurus tinggi & tak putih tu yg nampak kepam kot. Tunggu besar nanti boleh grooming bagi handsome sikit. Tak pun boleh tukar style rambut tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dia untung dpt fasha. cuci kaki aja rumah kereta semua dah sedia. tak payah susah nak fikir dah. boleh tumpang aja rezeki fasha & anak tiri dah ada rumah. fasha pun lawa & rajin masak. kalau aidil ni buat perangai mmg tak sedar diuntung betul lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|