View: 2426|Reply: 12
|
Misteri Lelaki Tua Bertongkat Ceroboh Rumah Orang Terjawab
[Copy link]
|
|
Sungai Petani: Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogel di hadapan pasukan polis.
Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.
"Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.
"Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.
Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.
Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar.
Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.
Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri terjawab.. so siapa mamat tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Knp ramai ckp dia hantu.. Aku tgk cam mat dadih tak pun mental.. Kan kaki jejak tanah tu |
|
|
|
|
|
|
|
misteri sgt ke. ke kes pukau. mohon dijauhkan{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
sebab ramai tu melayu bodoh penakut
benda boleh siasat pun suka jalan mudah blame hantu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk terang2 mcm org,hantu celah mana... |
|
|
|
|
|
|
|
So mcm mana dia kerabat pagar tu? Nampak tua benar.. dgn ada tiub di pinggang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 31-7-2021 05:03 PM
So mcm mana dia kerabat pagar tu? Nampak tua benar.. dgn ada tiub di pinggang lagi
Ntahnya. Pastu ada kata yang dia dok main dengan anjing lagi siap anjing tu tak nyalak bila tengok dia. Pelik betoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Russell592 at 2-8-2021 12:49 PM
When I worked for USFS, there was one week I'd been flown in with a wildland fire crew by helicopter to this super remote mountaintop way out in the backwoods of Idaho. We were miles and miles away from anything. (In fact, when one of our guys went through his boot with a chainsaw, it took like six hours to get him out and that was with a medevac.)
Omegle Chat
|
|
|
|
|
|
|
|
matjerk: So mcm mana dia kerabat pagar tu? Nampak tua benar.. dgn ada tiub di pinggang lagi
Kannnn. Tak masuk akal |
|
|
|
|
|
|
|
Russell592: When I worked for USFS, there was one week I'd been flown in with a wildland fire crew by helicopter to this super remote mountaintop way out in the b ...
Ko ni laki lana ke sesat?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku mula2 baca n tgk mcm seram...
tp bila baca sorg ni komen muka mcm nazim othman aku terus tergelak weh....hilang terus rase seram ,{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakcik ni muncul dalam pagar rumah iols, seram jugek |
|
|
|
|
|
|
| |
|